Archive for the ‘perniagaan online’ Category

Salam ..

Aku tak sangka aku masuk metro ari tu .. hari keluaran setem Agong. 1st time le kiranya pasuk metro pasal setem nie . utk tatapan korang

Rasa terlalu lama dah tak update kat blog nie , aku banyak menghabiskan masa di Facebook . Sebabnya aku lebih tumpukan kepada Group yang baru setahun jagung. Group tu aku wujudkan untuk peminat2 setem Malaysia/Malaya .

Fanpage tu lebih kepada cam na korang nak jual setem dengan cara”bid” . Maksudnya korang post di sana dengan format yang aku sedia kan . Agak mendapat sambutan yang hangat. Korang bleh klik ” Jual beli Stamps” . Join group ini , nanti aku approve kan .

Itu jer utk kali nie , aku baru siap membungkus brg untuk dihantar kepada pembeli setem . for more info SETEM

Jumpa lagi

Salam..

Terlalu sibuk dengan kerja di tapak bina dan sibuk dengan bisnes online dan Offline membataskan aku nak tulis kat sini , tapi untuk bulan nie masih belum ada lagi post aku so , kali  nie aku nak cerita sikit pasal item aku yg di listing di ebay. ITEM aku kali nie macam biasa ler ..kalau tak bukan duit lama aku dan setem aku tu ..

Duit lama nie masa aku dapat tu beli di internet gak le.. boleh tahan harganya. Duit nie duit dari Malaya juga le .. kira aku listing di ebay nie dlm 7 hari , harap ada le yang beli . so nak tau ker duit apa .. nanti aku letak pic dia kat bawah nie ..

Satu lagi masih duit Malaya juga yang aku listing . Harap2 ada yang bid. Kedua-dua nie agak sukar dicari sekarang nie. maybe rakan-rakan yg baca nie ada koleksi macam aku tapi lebih elok . So , simpan elok2 buat koleksi  :). nie aku snap masa listing utk tatapan korang.

Oklahitu sahaja untuk kali nie .esok kalau sempat aku akan snap untuk setem baru yang beli hari nie… pe pagi tadi.

bella

Salam,

Rasa macan terlalu lama aku tak posting kat blog ni , di sebabkan aku baru abis dengan tender Ktu aku tu , dan bergelut dengan projek aku yang nampak macam deley semakin banyak. Sekarang nie masih dok delay la .. tapi nampak belum ada tanda akan memberi  impak yang baik untuk settle masalah yang ada. Aku harap bos aku akan selesaikan dalam sedikit masa lagi. Aku yakin bos aku akan dapat settle.

bella1

Berbalik ke apa yang aku nak cerita di sini  baru-baru nie aku ada buat kajian pasal keyword twilight (ramai yg dah tahu rasanya) dan banyak ebayer – ebayer guna Supplier Rahsia untuk dapatkan sales di ebay . tapi yang menjadi perhatian aku pasal ” Trading Card ” Twilight sama ada dari inkworks atau NECA.  Aku apa lagi terus membuat pembelian atau bid di ebay . Rupanya mahal juga tradign card twilight nie yer pasal ia hanya keluarkan 5000 keping di seluruh dunia. bayangkan harga dia boleh mencecah ribuan ringgit .

Trading card Edward Cullen khas iaitu dari Inkworks – peiceworks .. yang ada disertakan cebisan baju atau pakaian pelakon boleh cecah 1500 rm sekeping.. perhhhh. biar betul .. tapi memang susah nak daptkan ia kerana dalam 1 kotak trading card Twilight nie terdapat 24 pack . Dalam pack2 tu plak .. hanya 1 jer kad peiceworks .

Apa pun aku sempat membuat pelaburan pasal Trading card nie , aku rasa pelaburan nie berbaloi bilamana bila filem twilight akan di tayangkan tak lama lagi . kalau bukan masa New Moon atau Eclipse boleh jadi masa Breaking Down ker harga dia akan meningkat.

Nie aku sempat amik gambar trading2 card yang aku berjaya bid dan buy now di ebay , boleh tahan juga le harga dia ,

Apa pun aku rasa nie satu pelaburan yang menguntungkan. Apabila nanti ia pasti harganya meningkat berkali ganda.

itu sahaja utk kali nie …

salam ..

Petikan dari Utusan malaysia 

 

penolong Pengurus Pemasaran Setem dan Pengumpulan Setem Pos Malaysia Bhd., shafizah Umamah Abd Mutalib menunjukkan koleksi Setem Kenang-kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama bersempena perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Ibu Pejabat Pos Malaysia Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

 


 

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Penolong Pengurus Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah, setem kenang-kenangan itu dihasilkan dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai menghargai sumbangan Sultan Perak kepada rakyat.

Pada sidang akhbarnya di sini hari ini, beliau memberitahu, sempena hari pelancarannya pada 3 Februari ini, 650,000 setem, 45,000 surat pertama serta 1,100 fail akan dijual di seluruh negara.

Tambahnya, sampul surat berharga 30 sen dan fail yang dijual RM5.50 itu hanya boleh diperoleh pada hari pertama pelancaran manakala setem kenang-kenangan boleh dibeli selagi masih ada stok.

“Siri setem kenang-kenangan dipaparkan dalam tiga potret Sultan Perak dengan latar belakang berbeza mengikut tiga denominasi iaitu 30 sen, 50 sen dan RM1,” katanya.

(more…)