Posts Tagged ‘setem malaya’

Salam ..

Aku tak sangka aku masuk metro ari tu .. hari keluaran setem Agong. 1st time le kiranya pasuk metro pasal setem nie . utk tatapan korang

Rasa terlalu lama dah tak update kat blog nie , aku banyak menghabiskan masa di Facebook . Sebabnya aku lebih tumpukan kepada Group yang baru setahun jagung. Group tu aku wujudkan untuk peminat2 setem Malaysia/Malaya .

Fanpage tu lebih kepada cam na korang nak jual setem dengan cara”bid” . Maksudnya korang post di sana dengan format yang aku sedia kan . Agak mendapat sambutan yang hangat. Korang bleh klik ” Jual beli Stamps” . Join group ini , nanti aku approve kan .

Itu jer utk kali nie , aku baru siap membungkus brg untuk dihantar kepada pembeli setem . for more info SETEM

Jumpa lagi

Advertisements

Salam…

lama dah aku tak post kat sini , kali nie aku akan post pasal setem lama aku yg aku beli kat ebay tak salah 3 thn lepas . Kiranya aku buat pelaburan yang tepat le masa tu bila aku beli setem North borneo nie . Masa aku beli setem nie … memang agak murah . Selepas aku menjual balik kira boleh tahan .

nie pic setem yang aku jual .

Dan yg nie juga

Kalau aku boleh jual setem nie , aku rasa korang pun boleh jual gak . yg penting belajar psal setem dan tahu cam na nak pasarkan . Memang berbaloi .

Oleh itu setakat nie je untuk kali nie , esok der interview kerja pulak . doakan aku berjaya hendaknya ye 🙂  .

terima kasih kerana view, more info setem

tradwed1

Oleh NURHAFIZA MARZUKIE pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Mac – Pos Malaysia Berhad (PMB) akan mengeluarkan setem khas dan sampul surat hari pertama bertemakan pakaian tradisional pengantin pada Isnin ini. Ketua Setem PMB, Yasmin Ramli berkata, koleksi setem pakaian tradisional tersebut menampilkan lima busana pengantin mengikut kaum di Malaysia.

tradwedfdc

”Setem pakaian pengantin masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Ulu dan Bajau itu dijual pada harga 50 sen manakala sampul surat dijual dengan harga 30 sen. ”Koleksi ini memberi peluang kepada orang ramai mengamati kecantikan dan kehalusan seni pakaian tradisional pengantin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Selain setem, beliau memberitahu, terdapat dua lagi produk keluaran PMB iaitu fail dan buku setem masing-masing berharga RM5.50 dan RM3. ‘

‘Setem, sampul surat dan buku setem boleh didapati di pejabat-pejabat pos seluruh negara manakala fail pula boleh diperolehi di pejabat pos terpilih sahaja,” katanya. Jelasnya, sejumlah 881,000 produk berkenaan akan dikeluarkan pada Isnin ini. ”Sebanyak 800,000 setem, 50,000 sampul, 30,000 buku setem dan 1,000 fail akan dikeluarkan.

”Ini kerana sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama pengumpul setem untuk memiliki setiap produk keluaran Pos Malaysia yang unik dan pelbagai mengikut tema,” katanya.

Salam ..

Lama gila aku tak post kat sini , lebih2 lagi dengan kesibukan aku dengan Projek-projek company tempat aku kerja. Minggu lepas aku ada Site Valuation dan nak settle kerja-kerja membaiki kecacatan di projek lama yang dah siap.

Tidak ketinggalan juga sibuk dengan biz Ebay aku . Bulan lepas alhamdulillah lebih 30 sales aku dapat ..walau pun tak banyak tapi masyuk juga kat acc paypal aku . Bulan Febuari nie setakat nie dah 17 sales tapi sale untuk dropshipper tu dah semakin kurang lebih banyak kepada barang fizikal. Aku kena buat kajian lagi untuk pasaran baru nampaknya. Itu menjadi keutamaan aku bulan nie .

Apa yang aku nak cerita walaupun aku lihat traffik ke blog aku nie banyak nak tau nilai duit lama . Boleh aku tolong kasik pendapat aku tentang nilai duit lama , tapi kenalah berformat , ada pic ka , ada tahun ke , senang la aku nak tolong kasik nilai duit tu . tidak ketinggalan juga pasal setem-setem malaya yang ada di tanya. cuma aku tidak berapa suka cara tanya tu  contoh ” aku ada setem-setem lama yang bernilai , berminat sila e-mail aku “dan sebagainya.Itu cara yang salah .. nak promote boleh .. tapi mesti lah marketing kena betul .. kena ada sistem sikit.baru leh tarik pembeli. maybe diaorang tak tau caranya kot.

10dollar_n_borneo1

Apa pun apa yang aku nak cerita kat sini ialah Stem yang aku dah lama ingin miliki tapi hanya dapat tengok di ebay dan catalog sahaja iaitu setem “4 cents on 10 dollar North Borneo” bertarikh 1899 . ia bernilai dalam usd500.00. kalau tak ada 4 sen tu mau pi 1500 usd .nie aku scan untuk tatapan korang terutama peminat blog setem aku .. ada ka yang dok follow blog aku nie … harap ada ..la

(more…)