Archive for the ‘EBAY’ Category

Salam…

lama dah aku tak post kat sini , kali nie aku akan post pasal setem lama aku yg aku beli kat ebay tak salah 3 thn lepas . Kiranya aku buat pelaburan yang tepat le masa tu bila aku beli setem North borneo nie . Masa aku beli setem nie … memang agak murah . Selepas aku menjual balik kira boleh tahan .

nie pic setem yang aku jual .

Dan yg nie juga

Kalau aku boleh jual setem nie , aku rasa korang pun boleh jual gak . yg penting belajar psal setem dan tahu cam na nak pasarkan . Memang berbaloi .

Oleh itu setakat nie je untuk kali nie , esok der interview kerja pulak . doakan aku berjaya hendaknya ye 🙂  .

terima kasih kerana view, more info setem

Advertisements

Listing Duit lama di ebay ( Sales)

Posted: December 9, 2009 in EBAY
Tags: , ,

Salam..

Masih ingat di last postting pasal aku der cerita pasal duit lama yang dilisting di ebay tu… kedua-dua tu ada sales nie saya paparkan yg sempat saya SS .

dan

Kedua-dua coin tu ternyata ada sales . Aku bukan bertujuan nak tunjuk hebat  ke apa ke. Tujuan aku nak yakinkan bahawa ternyata duit lama ada nilai yang tersendiri dan fikirkan lah kalau korang ada duit macam nie bukan 1 atau 2 tapi banyak dari aku .. mesti boleh menjana duit di ebay.

So, korang kena usahakan carik le duit-duit lama dan jual di ebay .. memang berbaloi.

Sampai itu jer utk kali nie … aku baru balik dari Penang. So mlm nie free so aku post hasil di ebay untuk tatapan korang  🙂

Salam..

Terlalu sibuk dengan kerja di tapak bina dan sibuk dengan bisnes online dan Offline membataskan aku nak tulis kat sini , tapi untuk bulan nie masih belum ada lagi post aku so , kali  nie aku nak cerita sikit pasal item aku yg di listing di ebay. ITEM aku kali nie macam biasa ler ..kalau tak bukan duit lama aku dan setem aku tu ..

Duit lama nie masa aku dapat tu beli di internet gak le.. boleh tahan harganya. Duit nie duit dari Malaya juga le .. kira aku listing di ebay nie dlm 7 hari , harap ada le yang beli . so nak tau ker duit apa .. nanti aku letak pic dia kat bawah nie ..

Satu lagi masih duit Malaya juga yang aku listing . Harap2 ada yang bid. Kedua-dua nie agak sukar dicari sekarang nie. maybe rakan-rakan yg baca nie ada koleksi macam aku tapi lebih elok . So , simpan elok2 buat koleksi  :). nie aku snap masa listing utk tatapan korang.

Oklahitu sahaja untuk kali nie .esok kalau sempat aku akan snap untuk setem baru yang beli hari nie… pe pagi tadi.

Salam ..

Lama gila aku tak post kat sini , lebih2 lagi dengan kesibukan aku dengan Projek-projek company tempat aku kerja. Minggu lepas aku ada Site Valuation dan nak settle kerja-kerja membaiki kecacatan di projek lama yang dah siap.

Tidak ketinggalan juga sibuk dengan biz Ebay aku . Bulan lepas alhamdulillah lebih 30 sales aku dapat ..walau pun tak banyak tapi masyuk juga kat acc paypal aku . Bulan Febuari nie setakat nie dah 17 sales tapi sale untuk dropshipper tu dah semakin kurang lebih banyak kepada barang fizikal. Aku kena buat kajian lagi untuk pasaran baru nampaknya. Itu menjadi keutamaan aku bulan nie .

Apa yang aku nak cerita walaupun aku lihat traffik ke blog aku nie banyak nak tau nilai duit lama . Boleh aku tolong kasik pendapat aku tentang nilai duit lama , tapi kenalah berformat , ada pic ka , ada tahun ke , senang la aku nak tolong kasik nilai duit tu . tidak ketinggalan juga pasal setem-setem malaya yang ada di tanya. cuma aku tidak berapa suka cara tanya tu  contoh ” aku ada setem-setem lama yang bernilai , berminat sila e-mail aku “dan sebagainya.Itu cara yang salah .. nak promote boleh .. tapi mesti lah marketing kena betul .. kena ada sistem sikit.baru leh tarik pembeli. maybe diaorang tak tau caranya kot.

10dollar_n_borneo1

Apa pun apa yang aku nak cerita kat sini ialah Stem yang aku dah lama ingin miliki tapi hanya dapat tengok di ebay dan catalog sahaja iaitu setem “4 cents on 10 dollar North Borneo” bertarikh 1899 . ia bernilai dalam usd500.00. kalau tak ada 4 sen tu mau pi 1500 usd .nie aku scan untuk tatapan korang terutama peminat blog setem aku .. ada ka yang dok follow blog aku nie … harap ada ..la

(more…)

Salam..

Kepada semua yang melawati blog aku nie , mesti korang rasa aku asyik berceloteh hanya pasal ebay sahaja , tidak perkara yang lain . Ia semestinya kerana ia menjadi fokus utama aku dalam menjana wang di internet. Alhamdulillah setakat hari nie , ebay aku semakin berkembang dan aku berharap dan berdoa agar ia terus berkembang dan aku juga dengan semangat aku boleh membantu newbie-newbie yang berminat untuk memulakan bisnes di ebay.

Berbalik kepada perkara asal iaitu ” APA NEWBIE PATUT JUAL DI EBAY? . Ia menjadi satu persoalan dan perkara pokok kepada newbie ebay untuk bersama-sama berkecimpung dalam dunia EBAY sendiri. Cuba korang fikirkan dan lihat disekeliling , aku rasa banyak benda yang boleh di jual .Kenapa tak amik kesempatan untuk di jual di internet. Kalau tak tau korang leh cek di internet , macam cara ada. nie aku snap dari paypal aku untuk tatapan korang.

paypal2

Cara paling mantap untuk menjual di ebay , boleh mulakan melalui menjual dengan cara Dropshipper. Nak tau cam ner semua leh dpt dari teknik sifulan

Sampai jumpa lagi .

Salam …

Lama gila sejak aku tak post di blog, yang last aku post masa setem Dato’ Lat tu . Akhirnya dapat juga aku kumpulkan semua cop2 masa minggu setem di Berjaya Times Square ari tu . ia termasuk Pasport Lat atas pertolongan Ladyboss d i Forum Nogold dot com.Apa pun aku rasa nie kira last untuk tahun nie aku akan post . Tahun nie alhamdulillah perjuangan aku kat ebay dah menampakkan hasil. Kira kadang2 hari-hari aku ada sale di ebay.

Paling penting apa yang aku nak cerita kat sini pencapaian blog ammbiz wordpress dot com nie untuk keyword MALAYA SETEM No.1 Di GOOGLE. Pencapaian nie bukan sekelip mata, perlu masa dan minat yang lebih untuk letakkannya di atas. maybe tahun depan aku akan upgrade kan blog percuma nie kepada blog berbayar.mana tahu. Kita tengok tahun depan cam ner . di bawah nie
sempat aku snap atas keyword MALAYA SETEM no.1 dalam 94 ribu lebih.

google

Senambungan dari blog ini , yang paling penting ialah ia berpaut kepada website utama aku iaitu website e-commerce atau yang tak lain tak bukan AMMBIZ
. Di ammbiz lah segalanya bermula.. tak ku sangka selain aku menjual duit lama di ammbiz dot com aku dah mula menjual setem-setem malaya . Sambutannya amat menggalakkan terutama di luar negara.

Setem malaya , north borneo dan setem Sarawak mendapat permintaan yang tinggi dari pengumpul setem untuk melengkapkan koleksi mereka. Aku pun tak sangka aku dapat menjual setem di United Kingdom 7(tujuh) keping dalam hampir 100 pound atau convert to RM dalam RM500.00. Selain dari Adsense aku yang agak slow , jualan di ebay membantu aku terus menjana wang. harap ia akan terus berkembang utk tahun depan .

Perancangan untuk tahun depan masih belum terlintas lagi , aku rasa aku akan mula membuat senarai tak lama lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar dan pertajamkan agar ia menjadi sempurna untuk tahun depan. ia masih lagi menjadi fokus aku tahun depan dalam ebay terutama minat aku dalam MALAYA SETEM .

Akhir kata untuk sekian kalinya aku menulis untuk tahun 2008 , agar tahun depan aku berdoa akan memberi aku rezeki yang lebih dalam mencari wang di internet.

Salam ,

Aku kembai menulis di blog ini  pasai pagi-pagi nie  tak sibuk sangat selepas kelmarin aku dok atuq barang di Projek baru aku . Aku lupa bagitau yang aku @ company tempat aku kerja nie dapat lagi projek kat Uitm. Apa pun syukur la dlm dok nak gawat nie masih ada rezeki aku kat company nie , projek IPK tu pun ada lagi setahun.

Pasai tajuk kali ni , Setahun perjuangan di Ebay , aku kira agak bangga le pada diri aku 🙂 walau pun tanpa sapa ajaq aku pasai Ebay nie  ce wah , puji diri sendiri plak … huhuhu .. maybe bagi org yg dah berjaya dan membuat ribu-ribu ringgit di Ebay seperti   sifu lan  kecik jer perkara nie  bag diaorang. Aku sebelum nie yang aku ada cerita di post2 yang lepas , aku bermula dengan langkah yg pertam dan langkah-demi langkah baru aku berjaya sikit membuat jualan di ebay. 

Banyak ringtangan sebenarnya walaubagaimanapun , kejayaan aku di ebay banyak terutama di ebay.com . Hanya baru-baru nie aku ada buat 1st time sale di ebay.co.uk. Betul lah kata pakar-pakar ebay bahawa tidak mengenal putus asa dan sentiasa fokus adalah resepi yang paling utama.Listing-listing barang di ebay amatlah penting bila kita tahu caranya.

Kejayaan aku yang amat kecil nie pemberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuangan di ebay dan kat bawah nie aku snap duit paypal yang masyuk setahun lalu walau sikit 🙂 .

(more…)