Archive for the ‘1’ Category

PETUGAS Pos Malaysia Berhad, Norhaida Mat Sangi menunjukkan setem khas mengenai paku-pakis sempena pelancarannya di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas untuk koleksi serta sampul surat hari pertama dengan tema paku pakis mulai Rabu ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, ia bertujuan membantu orang ramai mengetahui spesies paku pakis yang terdapat di dalam negara.

“Sebenarnya kami hendak memenuhi permintaan pengumpul koleksi setem. Mereka sudah mempunyai koleksi paku pakis dari negara-negara seperti Australia, Taiwan dan New Zealand,” kata beliau semasa sidang akhbar memperkenalkan setem-setem berkenaan di sini hari ini.

Setem yang ditampilkan dalam lima reka bentuk itu ditawarkan pada denominasi 50 sen, manakala 45,000 sampul surat hari pertama berharga 30 sen setiap satu juga akan mula dijual pada hari yang sama.

Para pengumpul juga boleh memiliki koleksi itu dengan membeli satu folder khas berharga RM5.50 setiap satu yang ditawarkan atau set lengkap pada harga RM21.60 setiap satu di pejabat pos terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata, keindahan alam semula jadi negara sentiasa menjadi subjek kegemaran untuk ditampilkan oleh Pos Malaysia dalam setem dan sampul surat hari pertama keluarannya. – Bernama

dari petikan utusan malaysia

SETEM-DUIT.BLOGSPOT.COM

Posted: September 8, 2009 in 1
Tags:

Salam …

Di kesempatan nie … aku ingin menjemput ke blog free atau blogspot aku yg baru untuk  usya pasal jual & beli setem dan duit lama aku .. aku dari masa ke semasa akan menjual setem dan duit lama  aku kat saner  . Datang lah beramai – ramai ke blog aku tu … jemput2 .. 🙂  .. Klik jer  BID&SELL

sampai jumpa lagi

bella

Salam,

Rasa macan terlalu lama aku tak posting kat blog ni , di sebabkan aku baru abis dengan tender Ktu aku tu , dan bergelut dengan projek aku yang nampak macam deley semakin banyak. Sekarang nie masih dok delay la .. tapi nampak belum ada tanda akan memberi  impak yang baik untuk settle masalah yang ada. Aku harap bos aku akan selesaikan dalam sedikit masa lagi. Aku yakin bos aku akan dapat settle.

bella1

Berbalik ke apa yang aku nak cerita di sini  baru-baru nie aku ada buat kajian pasal keyword twilight (ramai yg dah tahu rasanya) dan banyak ebayer – ebayer guna Supplier Rahsia untuk dapatkan sales di ebay . tapi yang menjadi perhatian aku pasal ” Trading Card ” Twilight sama ada dari inkworks atau NECA.  Aku apa lagi terus membuat pembelian atau bid di ebay . Rupanya mahal juga tradign card twilight nie yer pasal ia hanya keluarkan 5000 keping di seluruh dunia. bayangkan harga dia boleh mencecah ribuan ringgit .

Trading card Edward Cullen khas iaitu dari Inkworks – peiceworks .. yang ada disertakan cebisan baju atau pakaian pelakon boleh cecah 1500 rm sekeping.. perhhhh. biar betul .. tapi memang susah nak daptkan ia kerana dalam 1 kotak trading card Twilight nie terdapat 24 pack . Dalam pack2 tu plak .. hanya 1 jer kad peiceworks .

Apa pun aku sempat membuat pelaburan pasal Trading card nie , aku rasa pelaburan nie berbaloi bilamana bila filem twilight akan di tayangkan tak lama lagi . kalau bukan masa New Moon atau Eclipse boleh jadi masa Breaking Down ker harga dia akan meningkat.

Nie aku sempat amik gambar trading2 card yang aku berjaya bid dan buy now di ebay , boleh tahan juga le harga dia ,

Apa pun aku rasa nie satu pelaburan yang menguntungkan. Apabila nanti ia pasti harganya meningkat berkali ganda.

itu sahaja utk kali nie …

salam ..

Salam , 

Pasal tajuk post aku kali nie tentunya pasal  movie yang ditunggu oleh ramai peminat Transformers . Semalam sempat juga aku pi menonton wayang cerita nie . Aku rasa nie first time aku tengok ramai gile kat Alor Setar Mall yang dibawakan oleh bigcinemas . Orang berpusu-pusu nak tengok sambungan kisah transformers nie . Sampai jer aku pi amik booking tiket.. takut gak aku kalau tak booking mana tau habis. Nasib baik aku booking.. tiket tayangan pukul 6.00 ptg dah abis sejam yg lalu . 

Cerita dia memang gempak abis .. kepada yg suka pasal robot le .. memang lebih baik dari Transfomers 1 . Banyak aksi-aksi yg mendebarkan . Kira start movie jer  dah menarik dan pastu apa lagi perang jer …  best gila aku rasa ..  pastu plot2 ke plot dia .. dan tak sedar aku bila dah abis dah pukul 8.30 mlm .. betul ke nie ???? 

Huhuhu .. bukan nak promote .. tapi rugi kalau saper tak tengok cerita Transformers : Revenge of the Fallen nie .. nie aku letak link