Petikan dari Utusan malaysia 

 

penolong Pengurus Pemasaran Setem dan Pengumpulan Setem Pos Malaysia Bhd., shafizah Umamah Abd Mutalib menunjukkan koleksi Setem Kenang-kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama bersempena perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Ibu Pejabat Pos Malaysia Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

 


 

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Penolong Pengurus Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah, setem kenang-kenangan itu dihasilkan dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai menghargai sumbangan Sultan Perak kepada rakyat.

Pada sidang akhbarnya di sini hari ini, beliau memberitahu, sempena hari pelancarannya pada 3 Februari ini, 650,000 setem, 45,000 surat pertama serta 1,100 fail akan dijual di seluruh negara.

Tambahnya, sampul surat berharga 30 sen dan fail yang dijual RM5.50 itu hanya boleh diperoleh pada hari pertama pelancaran manakala setem kenang-kenangan boleh dibeli selagi masih ada stok.

“Siri setem kenang-kenangan dipaparkan dalam tiga potret Sultan Perak dengan latar belakang berbeza mengikut tiga denominasi iaitu 30 sen, 50 sen dan RM1,” katanya.

Menurut Diyana Lean, setem RM1 berlatarkan gambar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun.

Katanya, setem 50 sen pula memaparkan potret Sultan Perak selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama Islam dengan gambar latar seni bina masjid Ubudiah yang menjadi kebanggaan warisan negeri itu.

Selain itu, setem 30 sen pula memaparkan potret Sultan Perak yang berlatar belakangkan hari pertabalan baginda sebagai Sultan Perak Ke-34.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s