Archive for the ‘coin | banknote malaya | E-book’ Category

Salam..

Sudah begitu lama aku tidak mencoretkan apa2 jua berita samada pasal ebay atau pasal duit lama di sini . Aku begitu sibuk dengan Projek aku yang masih berjalan di Perlis.Projek masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Aku rasa hujung tahun  nie baru boleh siap dan boleh diduduki.

Apapun sesetengah orang atau pengumpul duit lama atau baru pasti tidak jemu-jemu untuk mendapatkan duit lama samada duit kertas atau duit syiling. Untuk melengkapkan koleksi yang mereka belum ada. Terdapat juga yang mahu menjual koleksi masing-masing dalam harga yang tinggi.

(more…)

coins_gold_proof

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Dato’ Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram.Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping. Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja.

(more…)