Salam…

lama dah aku tak post kat sini , kali nie aku akan post pasal setem lama aku yg aku beli kat ebay tak salah 3 thn lepas . Kiranya aku buat pelaburan yang tepat le masa tu bila aku beli setem North borneo nie . Masa aku beli setem nie … memang agak murah . Selepas aku menjual balik kira boleh tahan .

nie pic setem yang aku jual .

Dan yg nie juga

Kalau aku boleh jual setem nie , aku rasa korang pun boleh jual gak . yg penting belajar psal setem dan tahu cam na nak pasarkan . Memang berbaloi .

Oleh itu setakat nie je untuk kali nie , esok der interview kerja pulak . doakan aku berjaya hendaknya ye :)   .

terima kasih kerana view, more info setem

Salam..

Rasanya bertahun juga le saya tidak post apa2 berita pasal hobi saya , oleh itu kali ini saya akan cerita sedikit berkenaan setem yang akan keluar pada 8.8.2011. Setem yang saya maksudkan itu ialah setem Joint Issue antara Malaysia dan Indonesia.

Seperti yang anda lihat di photo di atas , setem agak menarik , tetapi hanya diletakkan di tengah sahaja. Lebih bagus kalau diperbanyakkan setem trsebut dalam 3 line ker  lebih nampak menarik . Agak menarik pandangan saya pada setem yang no.2 dari malaysia berbentuk wang kertas Kapal. ini  dalah kelainan juga bagi pos malaysia.

Kepada yang mengumpul setem seperti saya jangan lupa dapatkan pada 8.8.2011  iaitu minggu depan . Datang awal2 takut kehabisan pulak . itu sahaja untuk kali ini . Sebarang pertanyaan pasal setem terutama setem Malaya jgan segan2 untuk tinggalkan di ruangan komen. nice Joint issue

thanks

Ammbiz

Salam..

Sudah begitu lama aku tidak mencoretkan apa2 jua berita samada pasal ebay atau pasal duit lama di sini . Aku begitu sibuk dengan Projek aku yang masih berjalan di Perlis.Projek masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Aku rasa hujung tahun  nie baru boleh siap dan boleh diduduki.

Apapun sesetengah orang atau pengumpul duit lama atau baru pasti tidak jemu-jemu untuk mendapatkan duit lama samada duit kertas atau duit syiling. Untuk melengkapkan koleksi yang mereka belum ada. Terdapat juga yang mahu menjual koleksi masing-masing dalam harga yang tinggi.

Read the rest of this entry »

PETUGAS Pos Malaysia Berhad, Norhaida Mat Sangi menunjukkan setem khas mengenai paku-pakis sempena pelancarannya di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas untuk koleksi serta sampul surat hari pertama dengan tema paku pakis mulai Rabu ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, ia bertujuan membantu orang ramai mengetahui spesies paku pakis yang terdapat di dalam negara.

“Sebenarnya kami hendak memenuhi permintaan pengumpul koleksi setem. Mereka sudah mempunyai koleksi paku pakis dari negara-negara seperti Australia, Taiwan dan New Zealand,” kata beliau semasa sidang akhbar memperkenalkan setem-setem berkenaan di sini hari ini.

Setem yang ditampilkan dalam lima reka bentuk itu ditawarkan pada denominasi 50 sen, manakala 45,000 sampul surat hari pertama berharga 30 sen setiap satu juga akan mula dijual pada hari yang sama.

Para pengumpul juga boleh memiliki koleksi itu dengan membeli satu folder khas berharga RM5.50 setiap satu yang ditawarkan atau set lengkap pada harga RM21.60 setiap satu di pejabat pos terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata, keindahan alam semula jadi negara sentiasa menjadi subjek kegemaran untuk ditampilkan oleh Pos Malaysia dalam setem dan sampul surat hari pertama keluarannya. – Bernama

dari petikan utusan malaysia