Setem, sampul surat hari pertama tema paku pakis (esok 10-3-2010)

Posted: March 12, 2010 in 1

PETUGAS Pos Malaysia Berhad, Norhaida Mat Sangi menunjukkan setem khas mengenai paku-pakis sempena pelancarannya di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas untuk koleksi serta sampul surat hari pertama dengan tema paku pakis mulai Rabu ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, ia bertujuan membantu orang ramai mengetahui spesies paku pakis yang terdapat di dalam negara.

“Sebenarnya kami hendak memenuhi permintaan pengumpul koleksi setem. Mereka sudah mempunyai koleksi paku pakis dari negara-negara seperti Australia, Taiwan dan New Zealand,” kata beliau semasa sidang akhbar memperkenalkan setem-setem berkenaan di sini hari ini.

Setem yang ditampilkan dalam lima reka bentuk itu ditawarkan pada denominasi 50 sen, manakala 45,000 sampul surat hari pertama berharga 30 sen setiap satu juga akan mula dijual pada hari yang sama.

Para pengumpul juga boleh memiliki koleksi itu dengan membeli satu folder khas berharga RM5.50 setiap satu yang ditawarkan atau set lengkap pada harga RM21.60 setiap satu di pejabat pos terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan berkata, keindahan alam semula jadi negara sentiasa menjadi subjek kegemaran untuk ditampilkan oleh Pos Malaysia dalam setem dan sampul surat hari pertama keluarannya. – Bernama

dari petikan utusan malaysia

Comments
  1. Ejen 010 says:

    hmm..termiss keluaran yang ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s