Setem alam semula jadi dijual hari ini 18-6-09

Posted: June 19, 2009 in Usahawan Internet

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama bertemakan alam semula jadi esok. Ketua Unit Setem dan Filateli, Yasmin Ramli berkata, koleksi setem itu dikeluarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang pentingnya alam semula jadi ini. ”Melalui setem ini, ia juga akan membantu kerajaan memperkukuhkan lagi usaha kempen terhadap alam semula jadi,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sesi penerangan kepada media tentang koleksi setem dan sampul surat hari pertama di Pejabat Pos Besar di sini semalam.

Katanya, setem yang di keluarkan ini memaparkan tiga elemen alam semula jadi yang berbeza iaitu udara, air dan hutan. Setem yang dikeluarkan ini mempunyai tiga jenis jenama iaitu Clean Water, Go Green dan Fresh Air. “Clean Water ini bercirikan kehidupan laut, Clean Air menggambarkan udara, manakala Go Green menunjukkan hutan sebagai grafik setem. “Ketiga-tiga setem ini dijual dengan harga setiap helaian RM6 hingga RM10, manakala sekeping setem pula dalam dedominasi 30 sen dan 50 sen,” katanya. Tambahnya, sampul surat hari pertama pula berharga 30 sen setiap satu. Para pengumpul setem dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan setem-setem itu di pejabat pos seluruh negara. “Jumlah setem yang dikeluarkan sangat terhad yang mana Clean Water mengeluarkan 400,000 unit, manakala Go Green dan Fresh Air pula dengan jumlah 130,000,” katanya. Katanya lagi, pihaknya akan menjual 45,000 unit sampul surat hari pertama pada 18 Jun sahaja.

Beliau juga meminta penggemar setem agar mendaftar sebagai ahli Standing Order Deposit Account (SODA) bagi mendapatkan setem-setem dan produk lain tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari berkenaan. Setem alam semula jadi dijual hari ini KUALA LUMPUR 17 Jun – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama bertemakan alam semula jadi esok. Ketua Unit Setem dan Filateli, Yasmin Ramli berkata, koleksi setem itu dikeluarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang pentingnya alam semula jadi ini. ”Melalui setem ini, ia juga akan membantu kerajaan memperkukuhkan lagi usaha kempen terhadap alam semula jadi,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sesi penerangan kepada media tentang koleksi setem dan sampul surat hari pertama di Pejabat Pos Besar di sini semalam. Katanya, setem yang di keluarkan ini memaparkan tiga elemen alam semula jadi yang berbeza iaitu udara, air dan hutan.

Setem yang dikeluarkan ini mempunyai tiga jenis jenama iaitu Clean Water, Go Green dan Fresh Air. “Clean Water ini bercirikan kehidupan laut, Clean Air menggambarkan udara, manakala Go Green menunjukkan hutan sebagai grafik setem. “Ketiga-tiga setem ini dijual dengan harga setiap helaian RM6 hingga RM10, manakala sekeping setem pula dalam dedominasi 30 sen dan 50 sen,” katanya. Tambahnya, sampul surat hari pertama pula berharga 30 sen setiap satu. Para pengumpul setem dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan setem-setem itu di pejabat pos seluruh negara. “Jumlah setem yang dikeluarkan sangat terhad yang mana Clean Water mengeluarkan 400,000 unit, manakala Go Green dan Fresh Air pula dengan jumlah 130,000,” katanya. Katanya lagi, pihaknya akan menjual 45,000 unit sampul surat hari pertama pada 18 Jun sahaja.

Beliau juga meminta penggemar setem agar mendaftar sebagai ahli Standing Order Deposit Account (SODA) bagi mendapatkan setem-setem dan produk lain tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari berkenaan. Selain itu, mereka yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di http://www.posonline.com.my untuk membuka akaun SODA, menambah baki serta mengemaskinikan butir peribadi mereka. Selain itu, mereka yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di http://www.posonline.com.my untuk membuka akaun SODA, menambah baki serta mengemaskinikan butir peribadi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s