CIMB bawa pulang 5 wang kertas pertama Malaysia

Posted: July 19, 2008 in perniagaan online
Tags:

dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Julai – Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang

lima keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun lalu.

Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.

Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, RM50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001.

Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara itu telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober lalu.

“Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700),” katanya.

Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.

Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Khazanah bersejarah itu akan dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.

Comments
  1. TH says:

    uih. macam mana boleh terlepas ke luar negara tuh..

    kan dah kene beli balik ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s