Syed ammar Faiz a.k.a AMMBIZ , Sambungan

Posted: February 28, 2008 in apa aku tulis yek

Selamat petang semua, jika ada yang membaca penulisan ini la, hari nie start dari pagi sibuk memanjang , bos panggil pulak , nie mesti pasal tender ari tu , bos dah bawak balik . Banyak benda pending utk projek yg sedang dijalankan nie . 

Ops sebelum tu , aku nie sebenarnya kerja dengan salah sebuah kontraktor yang semakin mantap di Utara semenanjung. Tugas aku nie sebagai Jurukur Bahan @ Quantity Surveyor.  Ia berkisar tentang “DUIT”. Duit untuk bayaran kepada sub kontraktor . Mostly sebulan 2 kali kena buat bayaran. Ok , tutup cerita pasal kerja aku .

Sejak aku berjinak2 dalam era Internet nie , bermula dengan Hyip . Forexgold la. yang last aku libatkan diri (lama jugak la ) Forex. Forex nie memang bleh buat duit , jika kena caranya. Modal kena ada . Ade jugala leh untung skt , tapi memanjang rugi. Bila main forex masa kerja nie .. abis tungang tebalik aku punya kerja.

Bukan kata tak buat kerja , buat tapi tumpuan tu berbelah bagi dengan forex nie . Lepas tu aku fikir-fikir aku stop la .. aku nak buat Internet biz sebenar seperti otai2 IM kita. Maka wujudlah AMMBIZ.COM  Walaupun aku masih baru dlm estore online nie , ia salah satu permulaan serius aku dalam Internet business sebenar.

Banyak perkara yang aku perlu pelajari  dalam bidang nie . Projek jangka panjang aku nie mestilah bermula dengan sekarang. kalau aku tak bermula dengan sekarang seperti Otai Im kata , wujud persoalan seperti Bila nak mula ? bisnes apa yang aku nak buat ? Jual ebook ? orang lain dah buat . tapi akhirnya tak buat apa-apa perubahan pada diri sendiri.

Aku tidak mendapat didikan secara formal dalam Internet nie , ada yang pergi menghadiri kursus, menghadiri seminar . Bagus tu , tapi aku belum tergerak hati untuk menghadiri nya . Di Utara nie memang jarang ada seminar atau kursus pasal Internet nie . kalau ada pun kurang promosi . Kadang2 terleps dibuatnya.

Oklah sambung di masa lain pula. asalamualaikum. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s