April 8, 2009
· Filed under 1 · Tagged malaya setem, membeli setem, setem baru, tapak warisan dunia

YASMIN menunjukkan setem warisan dunia yang dijual kepada orang ramai.
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan 520,000 keping koleksi setem dan 50,000 sampul surat hari pertama menampilkan tempat pelancongan bertemakan tapak warisan dunia, esok. Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi setem dan sampul surat hari pertama itu memaparkan kawasan pelancongan di Malaysia yang diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sebagai tapak warisan dunia. Katanya, tapak warisan dunia adalah suatu tapak khusus seperti hutan, gunung, tasik, gurun, tugu, bangunan, kompleks atau bandar, yang dicalonkan serta disahkan untuk memasuki senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia antarabangsa yang ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco.
“Malaysia berbangga mempunyai empat tapak warisan yang diisytiharkan Tapak Warisan Dunia Unesco. Prasasti Warisan Dunia mengesahkan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka yang mempunyai nilai umum yang unggul dan ciri kebudayaan yang unik. “Manakala, Taman Kinabalu dan Taman Negara Mulu mendapat pengesahan untuk tapak pemuliharaan alam semula jadi yang cemerlang.
“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan berhubung tapak warisan yang ada, sejajar dengan galakan pada musim pelancongan ketika ini, baik tempatan mahupun antarabangsa,” katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi, semalam. Katanya, koleksi setem berukuran 40mm x 30mm dijual di dalam denominasi 50 sen, sampul surat hari pertama berharga 30 sen, folder RM5.50, lembaran mini RM2 serta keluaran khas kali ini ialah poskad bersetem pada harga 80 sen yang mana mempunyai ciri keselamatan pada permukaan poskad berkenaan.
Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Soda (Standing Order Deposit Account) untuk mendapatkan setem dan produk filateli yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluaran. Pelanggan juga dapat dapat menikmati kemudahan online menerusi Philately Online di www.posonline.-com.my untuk membuka akaun Soda atau orang ramai juga boleh berkunjung di pejabat-pejabat pos terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Bangunan Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi atau hubungi talian 03-22741122,” katanya.
December 27, 2008
· Filed under EBAY, apa aku tulis yek · Tagged EBAY, malaya setem, No.1 di google, nogold, setem lat
Salam …
Lama gila sejak aku tak post di blog, yang last aku post masa setem Dato’ Lat tu . Akhirnya dapat juga aku kumpulkan semua cop2 masa minggu setem di Berjaya Times Square ari tu . ia termasuk Pasport Lat atas pertolongan Ladyboss d i Forum Nogold dot com.Apa pun aku rasa nie kira last untuk tahun nie aku akan post . Tahun nie alhamdulillah perjuangan aku kat ebay dah menampakkan hasil. Kira kadang2 hari-hari aku ada sale di ebay.
Paling penting apa yang aku nak cerita kat sini pencapaian blog ammbiz wordpress dot com nie untuk keyword MALAYA SETEM No.1 Di GOOGLE. Pencapaian nie bukan sekelip mata, perlu masa dan minat yang lebih untuk letakkannya di atas. maybe tahun depan aku akan upgrade kan blog percuma nie kepada blog berbayar.mana tahu. Kita tengok tahun depan cam ner . di bawah nie
sempat aku snap atas keyword MALAYA SETEM no.1 dalam 94 ribu lebih.

Senambungan dari blog ini , yang paling penting ialah ia berpaut kepada website utama aku iaitu website e-commerce atau yang tak lain tak bukan AMMBIZ
. Di ammbiz lah segalanya bermula.. tak ku sangka selain aku menjual duit lama di ammbiz dot com aku dah mula menjual setem-setem malaya . Sambutannya amat menggalakkan terutama di luar negara.
Setem malaya , north borneo dan setem Sarawak mendapat permintaan yang tinggi dari pengumpul setem untuk melengkapkan koleksi mereka. Aku pun tak sangka aku dapat menjual setem di United Kingdom 7(tujuh) keping dalam hampir 100 pound atau convert to RM dalam RM500.00. Selain dari Adsense aku yang agak slow , jualan di ebay membantu aku terus menjana wang. harap ia akan terus berkembang utk tahun depan .
Perancangan untuk tahun depan masih belum terlintas lagi , aku rasa aku akan mula membuat senarai tak lama lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar dan pertajamkan agar ia menjadi sempurna untuk tahun depan. ia masih lagi menjadi fokus aku tahun depan dalam ebay terutama minat aku dalam MALAYA SETEM .
Akhir kata untuk sekian kalinya aku menulis untuk tahun 2008 , agar tahun depan aku berdoa akan memberi aku rezeki yang lebih dalam mencari wang di internet.
October 20, 2008
· Filed under perniagaan online · Tagged EBAY, labuan setem, malaya setem
Salam …
Hari nie aku cuti , tak berapa sihat . so aku amik masa free nie la untuk cerita pasal setem-setem terbaru aku. Setem terbaru aku nie masa time malaya . time masa Straits Settlements 10 sen Malaya 1923-1948. Masih baru dan datang dalam Block of 4 x 4 negeri. nie photo aku snap.

Yang kedua pula setem paling lama / antik yg aku ada iaitu setem tahun 1896 kesultanan Johore . ia koleksi dari 1 sen hingga 1 Dollar time tu la . set ini agak mahal iaitu kalau bercop dalam 800 usd ikut cataloge value. nie photo tu aku snap utk tatapan korang. yang nie aku ada tak cukup full collection.
Read the rest of this entry »