Posts tagged koleksi setem

Jual dan beli di ebay

Salam kepada pengunjung ammbiz weblog’s

Apa yang aku akan share di sini ialah rentetan daripada masa-masa aku dalam perniagaan online terutama di ebay. Aku pernah bermula dari “kosong” dimana aku cuba menjual dan hampir 1/2 tahun aku tidak dapat menjual apa-apa . Tanpa apa-apa pengalaman dan maklumat aku belajar dari kesilapan, dalam menjual dan membeli di ebay.

Sedikit demi sedikit aku belajar dan pada hari nie aku dapat membina cara aku sendiri dalam “hidup” dalam ebay. Semalam aku ada bid dalam ebay . skg aku lebih menumpukan beli dan jual setem malaya dan yang bernilai . Bid aku semalam more on setem dari sabah @ sarawak atau dulu dikenali sebagai borneo . Aku juga tak sangka aku leh”Menang” bid utk 3 jenis setem 50 sen dan 1 dollar.

nie aku postkan photo setem aku tu utk tatapan korang. Setem nie aku bid harga agak tinggi . Semua nya boleh tahan harganya.


So apa pendapat korang tentang bisnes di ebay nie terutamanya pasal setem dan duit lama ? apa kata pendapat yang BERNAS berpeluang memenangi satu setem dalam koleksi aku . Walaupun dia tak mahal tapi a satu setem tahun 1950 dan MNH , maksudnya tidak dicop dan ia masih “fresh” . Lihat seperti scan photo di bawah .

so , apa lagi , meh le kita komen ramai -ramai , Pertandingan akan start 1hb Ogos 2008 tutup ialah pada 7hb Ogos 2008. Pemenang akan dihubungi melalui email .

so apa lagi join le komen .

ikhlas dari

Comments (31) »

Kumpul setem hobi lumayan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

BAGI kebanyakan orang, setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat. Tetapi tahukah anda, bentuk dan tebukan pada setem mewakili zaman serta perkembangan sejarah sesuatu negara?
Kajian mengenai bentuk, jenis, warna, tebukan dan penghantaran pos ini dipanggil filateli. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai cerita dan sejarah berkait rapat dengan pemerintahan dan teknologi pada satu-satu masa.

Perkataan filateli dikatakan dicipta oleh Georges Herpin di Perancis pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu philos bermaksud mencintai dan llateleiall bermakna percuma. Read the rest of this entry »

Comments (20) »