September 8, 2009
· Filed under 1 · Tagged bid&sell
Salam …
Di kesempatan nie … aku ingin menjemput ke blog free atau blogspot aku yg baru untuk usya pasal jual & beli setem dan duit lama aku .. aku dari masa ke semasa akan menjual setem dan duit lama aku kat saner . Datang lah beramai – ramai ke blog aku tu … jemput2 .. .. Klik jer BID&SELL
Rasa macan terlalu lama aku tak posting kat blog ni , di sebabkan aku baru abis dengan tender Ktu aku tu , dan bergelut dengan projek aku yang nampak macam deley semakin banyak. Sekarang nie masih dok delay la .. tapi nampak belum ada tanda akan memberi impak yang baik untuk settle masalah yang ada. Aku harap bos aku akan selesaikan dalam sedikit masa lagi. Aku yakin bos aku akan dapat settle.
Berbalik ke apa yang aku nak cerita di sini baru-baru nie aku ada buat kajian pasal keyword twilight (ramai yg dah tahu rasanya) dan banyak ebayer – ebayer guna Supplier Rahsia untuk dapatkan sales di ebay . tapi yang menjadi perhatian aku pasal ” Trading Card ” Twilight sama ada dari inkworks atau NECA. Aku apa lagi terus membuat pembelian atau bid di ebay . Rupanya mahal juga tradign card twilight nie yer pasal ia hanya keluarkan 5000 keping di seluruh dunia. bayangkan harga dia boleh mencecah ribuan ringgit .
Trading card Edward Cullen khas iaitu dari Inkworks – peiceworks .. yang ada disertakan cebisan baju atau pakaian pelakon boleh cecah 1500 rm sekeping.. perhhhh. biar betul .. tapi memang susah nak daptkan ia kerana dalam 1 kotak trading card Twilight nie terdapat 24 pack . Dalam pack2 tu plak .. hanya 1 jer kad peiceworks .
Apa pun aku sempat membuat pelaburan pasal Trading card nie , aku rasa pelaburan nie berbaloi bilamana bila filem twilight akan di tayangkan tak lama lagi . kalau bukan masa New Moon atau Eclipse boleh jadi masa Breaking Down ker harga dia akan meningkat.
Nie aku sempat amik gambar trading2 card yang aku berjaya bid dan buy now di ebay , boleh tahan juga le harga dia ,
Apa pun aku rasa nie satu pelaburan yang menguntungkan. Apabila nanti ia pasti harganya meningkat berkali ganda.
Pasal tajuk post aku kali nie tentunya pasal movie yang ditunggu oleh ramai peminat Transformers . Semalam sempat juga aku pi menonton wayang cerita nie . Aku rasa nie first time aku tengok ramai gile kat Alor Setar Mall yang dibawakan oleh bigcinemas . Orang berpusu-pusu nak tengok sambungan kisah transformers nie . Sampai jer aku pi amik booking tiket.. takut gak aku kalau tak booking mana tau habis. Nasib baik aku booking.. tiket tayangan pukul 6.00 ptg dah abis sejam yg lalu .
Cerita dia memang gempak abis .. kepada yg suka pasal robot le .. memang lebih baik dari Transfomers 1 . Banyak aksi-aksi yg mendebarkan . Kira start movie jer dah menarik dan pastu apa lagi perang jer … best gila aku rasa .. pastu plot2 ke plot dia .. dan tak sedar aku bila dah abis dah pukul 8.30 mlm .. betul ke nie ????
Huhuhu .. bukan nak promote .. tapi rugi kalau saper tak tengok cerita Transformers : Revenge of the Fallen nie .. nie aku letak link
YASMIN menunjukkan setem warisan dunia yang dijual kepada orang ramai.
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan 520,000 keping koleksi setem dan 50,000 sampul surat hari pertama menampilkan tempat pelancongan bertemakan tapak warisan dunia, esok. Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi setem dan sampul surat hari pertama itu memaparkan kawasan pelancongan di Malaysia yang diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sebagai tapak warisan dunia. Katanya, tapak warisan dunia adalah suatu tapak khusus seperti hutan, gunung, tasik, gurun, tugu, bangunan, kompleks atau bandar, yang dicalonkan serta disahkan untuk memasuki senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia antarabangsa yang ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco.
“Malaysia berbangga mempunyai empat tapak warisan yang diisytiharkan Tapak Warisan Dunia Unesco. Prasasti Warisan Dunia mengesahkan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka yang mempunyai nilai umum yang unggul dan ciri kebudayaan yang unik. “Manakala, Taman Kinabalu dan Taman Negara Mulu mendapat pengesahan untuk tapak pemuliharaan alam semula jadi yang cemerlang.
“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan berhubung tapak warisan yang ada, sejajar dengan galakan pada musim pelancongan ketika ini, baik tempatan mahupun antarabangsa,” katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi, semalam. Katanya, koleksi setem berukuran 40mm x 30mm dijual di dalam denominasi 50 sen, sampul surat hari pertama berharga 30 sen, folder RM5.50, lembaran mini RM2 serta keluaran khas kali ini ialah poskad bersetem pada harga 80 sen yang mana mempunyai ciri keselamatan pada permukaan poskad berkenaan.
Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Soda (Standing Order Deposit Account) untuk mendapatkan setem dan produk filateli yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluaran. Pelanggan juga dapat dapat menikmati kemudahan online menerusi Philately Online di www.posonline.-com.my untuk membuka akaun Soda atau orang ramai juga boleh berkunjung di pejabat-pejabat pos terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Bangunan Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi atau hubungi talian 03-22741122,” katanya.