Archive for April, 2009

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia, di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,200 sekeping. Sebanyak 100 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM150 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling Emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Setiap set duit syiling ini dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Ulang Tahun Ke-75 penubuhan TLDM:

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

Katalog Download harga Setem Malaya & Malaysia

kedah

Salam ,

Lama gila aku tak post kat sini . banyak aku copy dan post jer pasal setemMalaysia jer. nie aku sempat scan setem Malaysia dan Malaya untuk korang download. Katalog nie ialah harga setem malaya dan malaysia yg aku rasa 2-3 tahun lepas la , tapi leh jadi panduan harga setem di pasaran untuk korang tau atau untuk dijual.

Ada lagi yang aku scan tapi aku tak sempat upload ke savefile lagi. Aku akan upload nanti. Apa lagi korang d/load la.. aku kasik FREE  jer kepada pengunjung setia aku  :) . Oklah sampai jumpa lagi . Next post aku rasa aku akan cerita setem North Borneo 5 dollar dan 10 dollar yg baru aku menang bid di EBAY.

http://www.savefile.com/files/2082133

http://www.savefile.com/files/2082137

http://www.savefile.com/files/2082140

http://www.savefile.com/files/2082144

http://www.savefile.com/files/2082156

download la FREE jer  :)

Leave a comment »

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

coins_gold_proof

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Dato’ Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram.Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping. Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja.

Read the rest of this entry »

Comments (1) »

Koleksi setem bertemakan tapak warisan dunia – 9 April 2009

mainpix

YASMIN menunjukkan setem warisan dunia yang dijual kepada orang ramai.

 

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan 520,000 keping koleksi setem dan 50,000 sampul surat hari pertama menampilkan tempat pelancongan bertemakan tapak warisan dunia, esok. Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi setem dan sampul surat hari pertama itu memaparkan kawasan pelancongan di Malaysia yang diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sebagai tapak warisan dunia. Katanya, tapak warisan dunia adalah suatu tapak khusus seperti hutan, gunung, tasik, gurun, tugu, bangunan, kompleks atau bandar, yang dicalonkan serta disahkan untuk memasuki senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia antarabangsa yang ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco.

“Malaysia berbangga mempunyai empat tapak warisan yang diisytiharkan Tapak Warisan Dunia Unesco. Prasasti Warisan Dunia mengesahkan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka yang mempunyai nilai umum yang unggul dan ciri kebudayaan yang unik. “Manakala, Taman Kinabalu dan Taman Negara Mulu mendapat pengesahan untuk tapak pemuliharaan alam semula jadi yang cemerlang.

“Matlamat utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan berhubung tapak warisan yang ada, sejajar dengan galakan pada musim pelancongan ketika ini, baik tempatan mahupun antarabangsa,” katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi, semalam. Katanya, koleksi setem berukuran 40mm x 30mm dijual di dalam denominasi 50 sen, sampul surat hari pertama berharga 30 sen, folder RM5.50, lembaran mini RM2 serta keluaran khas kali ini ialah poskad bersetem pada harga 80 sen yang mana mempunyai ciri keselamatan pada permukaan poskad berkenaan.

Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Soda (Standing Order Deposit Account) untuk mendapatkan setem dan produk filateli yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluaran. Pelanggan juga dapat dapat menikmati kemudahan online menerusi Philately Online di www.posonline.-com.my untuk membuka akaun Soda atau orang ramai juga boleh berkunjung di pejabat-pejabat pos terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Bangunan Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi atau hubungi talian 03-22741122,” katanya.

Leave a comment »