Archive for February, 2009

Malaya Setem- Stamp 10 Dollar North Borneo

Salam ..

Lama gila aku tak post kat sini , lebih2 lagi dengan kesibukan aku dengan Projek-projek company tempat aku kerja. Minggu lepas aku ada Site Valuation dan nak settle kerja-kerja membaiki kecacatan di projek lama yang dah siap.

Tidak ketinggalan juga sibuk dengan biz Ebay aku . Bulan lepas alhamdulillah lebih 30 sales aku dapat ..walau pun tak banyak tapi masyuk juga kat acc paypal aku . Bulan Febuari nie setakat nie dah 17 sales tapi sale untuk dropshipper tu dah semakin kurang lebih banyak kepada barang fizikal. Aku kena buat kajian lagi untuk pasaran baru nampaknya. Itu menjadi keutamaan aku bulan nie .

Apa yang aku nak cerita walaupun aku lihat traffik ke blog aku nie banyak nak tau nilai duit lama . Boleh aku tolong kasik pendapat aku tentang nilai duit lama , tapi kenalah berformat , ada pic ka , ada tahun ke , senang la aku nak tolong kasik nilai duit tu . tidak ketinggalan juga pasal setem-setem malaya yang ada di tanya. cuma aku tidak berapa suka cara tanya tu  contoh ” aku ada setem-setem lama yang bernilai , berminat sila e-mail aku “dan sebagainya.Itu cara yang salah .. nak promote boleh .. tapi mesti lah marketing kena betul .. kena ada sistem sikit.baru leh tarik pembeli. maybe diaorang tak tau caranya kot.

10dollar_n_borneo1

Apa pun apa yang aku nak cerita kat sini ialah Stem yang aku dah lama ingin miliki tapi hanya dapat tengok di ebay dan catalog sahaja iaitu setem “4 cents on 10 dollar North Borneo” bertarikh 1899 . ia bernilai dalam usd500.00. kalau tak ada 4 sen tu mau pi 1500 usd .nie aku scan untuk tatapan korang terutama peminat blog setem aku .. ada ka yang dok follow blog aku nie … harap ada ..la

Read the rest of this entry »

Comments (1) »