Archive for January, 2009

Setem kenang-kenangan 25 tahun Pemerintahan Sultan Perak

Petikan dari Utusan malaysia 

 

penolong Pengurus Pemasaran Setem dan Pengumpulan Setem Pos Malaysia Bhd., shafizah Umamah Abd Mutalib menunjukkan koleksi Setem Kenang-kenangan dan Sampul Surat Hari Pertama bersempena perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Ibu Pejabat Pos Malaysia Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

 


 

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Penolong Pengurus Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah, setem kenang-kenangan itu dihasilkan dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai menghargai sumbangan Sultan Perak kepada rakyat.

Pada sidang akhbarnya di sini hari ini, beliau memberitahu, sempena hari pelancarannya pada 3 Februari ini, 650,000 setem, 45,000 surat pertama serta 1,100 fail akan dijual di seluruh negara.

Tambahnya, sampul surat berharga 30 sen dan fail yang dijual RM5.50 itu hanya boleh diperoleh pada hari pertama pelancaran manakala setem kenang-kenangan boleh dibeli selagi masih ada stok.

“Siri setem kenang-kenangan dipaparkan dalam tiga potret Sultan Perak dengan latar belakang berbeza mengikut tiga denominasi iaitu 30 sen, 50 sen dan RM1,” katanya.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

Apa Newbie patut jual di ebay?

Salam..

Kepada semua yang melawati blog aku nie , mesti korang rasa aku asyik berceloteh hanya pasal ebay sahaja , tidak perkara yang lain . Ia semestinya kerana ia menjadi fokus utama aku dalam menjana wang di internet. Alhamdulillah setakat hari nie , ebay aku semakin berkembang dan aku berharap dan berdoa agar ia terus berkembang dan aku juga dengan semangat aku boleh membantu newbie-newbie yang berminat untuk memulakan bisnes di ebay.

Berbalik kepada perkara asal iaitu ” APA NEWBIE PATUT JUAL DI EBAY? . Ia menjadi satu persoalan dan perkara pokok kepada newbie ebay untuk bersama-sama berkecimpung dalam dunia EBAY sendiri. Cuba korang fikirkan dan lihat disekeliling , aku rasa banyak benda yang boleh di jual .Kenapa tak amik kesempatan untuk di jual di internet. Kalau tak tau korang leh cek di internet , macam cara ada. nie aku snap dari paypal aku untuk tatapan korang.

paypal2

Cara paling mantap untuk menjual di ebay , boleh mulakan melalui menjual dengan cara Dropshipper. Nak tau cam ner semua leh dpt dari teknik sifulan

Sampai jumpa lagi .

Comments (4) »