Archive for December, 2008

No.1 di Google- MALAYA SETEM

Salam …

Lama gila sejak aku tak post di blog, yang last aku post masa setem Dato’ Lat tu . Akhirnya dapat juga aku kumpulkan semua cop2 masa minggu setem di Berjaya Times Square ari tu . ia termasuk Pasport Lat atas pertolongan Ladyboss d i Forum Nogold dot com.Apa pun aku rasa nie kira last untuk tahun nie aku akan post . Tahun nie alhamdulillah perjuangan aku kat ebay dah menampakkan hasil. Kira kadang2 hari-hari aku ada sale di ebay.

Paling penting apa yang aku nak cerita kat sini pencapaian blog ammbiz wordpress dot com nie untuk keyword MALAYA SETEM No.1 Di GOOGLE. Pencapaian nie bukan sekelip mata, perlu masa dan minat yang lebih untuk letakkannya di atas. maybe tahun depan aku akan upgrade kan blog percuma nie kepada blog berbayar.mana tahu. Kita tengok tahun depan cam ner . di bawah nie
sempat aku snap atas keyword MALAYA SETEM no.1 dalam 94 ribu lebih.

google

Senambungan dari blog ini , yang paling penting ialah ia berpaut kepada website utama aku iaitu website e-commerce atau yang tak lain tak bukan AMMBIZ
. Di ammbiz lah segalanya bermula.. tak ku sangka selain aku menjual duit lama di ammbiz dot com aku dah mula menjual setem-setem malaya . Sambutannya amat menggalakkan terutama di luar negara.

Setem malaya , north borneo dan setem Sarawak mendapat permintaan yang tinggi dari pengumpul setem untuk melengkapkan koleksi mereka. Aku pun tak sangka aku dapat menjual setem di United Kingdom 7(tujuh) keping dalam hampir 100 pound atau convert to RM dalam RM500.00. Selain dari Adsense aku yang agak slow , jualan di ebay membantu aku terus menjana wang. harap ia akan terus berkembang utk tahun depan .

Perancangan untuk tahun depan masih belum terlintas lagi , aku rasa aku akan mula membuat senarai tak lama lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar dan pertajamkan agar ia menjadi sempurna untuk tahun depan. ia masih lagi menjadi fokus aku tahun depan dalam ebay terutama minat aku dalam MALAYA SETEM .

Akhir kata untuk sekian kalinya aku menulis untuk tahun 2008 , agar tahun depan aku berdoa akan memberi aku rezeki yang lebih dalam mencari wang di internet.

Comments (1) »

Sasar sejuta keping – Setem Lat

lat

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mensasarkan jualan lebih satu juta keping koleksi setem khas bernilai RM940,000 yang memaparkan lakaran kartun tokoh kartunis tersohor negara ini, Datuk Mohamed Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang dikeluarkan sempena Minggu Setem yang berlangsung semalam hingga 7 Disember ini.

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarkan kekuatan pada nama Datuk Lat yang sememangnya sudah sinonim dalam dunia kartun Tanah Air dengan jutaan peminat pelbagai golongan usia serta kaum.

Katanya, selain setem khas itu, orang ramai berpeluang mengumpul pelbagai produk lain yang turut memaparkan lukisan Lat, antaranya sampul surat hari pertama, buku setem kecil dan lembaran miniatur berwarna perak yang pertama kali dikeluarkan.

“Karakter kartun seperti dapat dilihat dalam karya ‘Kampung Boy’, ‘Town Boy’ dan Mat Som sememangnya sinonim dengan masyarakat negara tidak kira umur mahupun keturunan dan menjadi ikon dunia kartun.

“Pos Malaysia berbesar hati dengan peluang untuk menampilkan paparan kartun Datuk Lat pada setem dan pelbagai produk filateli kami.

“Kami percaya keluaran istimewa ini bakal menjadi koleksi berharga kepada bukan saja pengumpul setem atau peminat setia Lat, malah penduduk Malaysia amnya. Produk filateli dengan tema Kartun Malaysia, menampilkan reka bentuk hasil ilham Datuk Lat sendiri,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Minggu Setem 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Lat sendiri.

Mengulas lanjut, Aseh berkata, Minggu Setem ialah acara tahunan yang dianjurkan pihaknya untuk mempromosikan tabiat mengumpul setem selain mengeratkan hubungan sesama peminat setem seluruh pelusuk Tanah Air.

“Menariknya, Pos Malaysia menawarkan setem istimewa yang menampilkan tujuh watak kartun karya Lat yang paling terkenal dengan setiap satunya dikeluarkan secara eksklusif pada hari berbeza sepanjang Minggu Setem tahun ini berlangsung dan cuma boleh didapati di Berjaya Times Square saja.

“Orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran berpeluang menikmati promosi istimewa SetemKu iaitu setem yang mengabadikan sendiri gambar pelanggan di mana pengunjung boleh membeli setem ini pada harga RM19 untuk 20 keping setem 30 sen dan RM28 (20 keping setem 50 sen),” katanya.

Maklumat lanjut, layari laman web www.pos.com.my atau kunjungi pejabat pos berhampiran.

Leave a comment »