Archive for November, 2008

Setahun perjuangan di Ebay

Salam ,

Aku kembai menulis di blog ini  pasai pagi-pagi nie  tak sibuk sangat selepas kelmarin aku dok atuq barang di Projek baru aku . Aku lupa bagitau yang aku @ company tempat aku kerja nie dapat lagi projek kat Uitm. Apa pun syukur la dlm dok nak gawat nie masih ada rezeki aku kat company nie , projek IPK tu pun ada lagi setahun.

Pasai tajuk kali ni , Setahun perjuangan di Ebay , aku kira agak bangga le pada diri aku :) walau pun tanpa sapa ajaq aku pasai Ebay nie  ce wah , puji diri sendiri plak … huhuhu .. maybe bagi org yg dah berjaya dan membuat ribu-ribu ringgit di Ebay seperti   sifu lan  kecik jer perkara nie  bag diaorang. Aku sebelum nie yang aku ada cerita di post2 yang lepas , aku bermula dengan langkah yg pertam dan langkah-demi langkah baru aku berjaya sikit membuat jualan di ebay. 

Banyak ringtangan sebenarnya walaubagaimanapun , kejayaan aku di ebay banyak terutama di ebay.com . Hanya baru-baru nie aku ada buat 1st time sale di ebay.co.uk. Betul lah kata pakar-pakar ebay bahawa tidak mengenal putus asa dan sentiasa fokus adalah resepi yang paling utama.Listing-listing barang di ebay amatlah penting bila kita tahu caranya.

Kejayaan aku yang amat kecil nie pemberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuangan di ebay dan kat bawah nie aku snap duit paypal yang masyuk setahun lalu walau sikit :) .

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita
bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak
jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya…
tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita…

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar
(mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah
untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai
SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya
kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula
ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

Read the rest of this entry »

Comments (3) »

Setem baru bangkit seri cengkerang – Keluar pada 11 nov 2008

setem
KAKITANGAN Pos Malaysia, Nurul Hidayah Abdul Bari Arbee menunjukkan koleksi terbaru setem siri cengkerang laut di Kuala Lumpur semalam.

——————————————————————————–

HASIL LAUT. Keunikan cengkerang laut kini diabadikan pada koleksi terbaru setem yang dilancarkan oleh Pos Malaysia Berhad di Kuala Lumpur semalam.

Bagi setem denominasi 30 sen, PMB memilih spesies Horned Helmet dan Burnt Murex yang biasanya ditemui di dalam terumbu karang di laut cetek dan berpasir serta terkenal dengan kecantikan duri.

Setem dengan nilai 50 sen pula memaparkan spesies Frog Shell yang mempunyai corak kulit seperti batu bagi memudahkannya bersembunyi daripada pemangsa selain spesies Triton’s Trumpet.

Spesies Venus Comb Murex pula yang hanya ditemui di dasar laut berpasir dan mempunyai lebih 100 duri pada cengkerangnya dipilih menghiasi lembaran mini.

Mereka yang berminat mendapatkan koleksi ini boleh membelinya di pejabat pos mulai 11 November atau layari www.pos.com.my untuk maklumat lanju

Comments (3) »