August 28, 2008
· Filed under apa aku tulis yek · Tagged setem EPL
Salam ,
hari nie aku masih kat rumah sebelum masuk kerja , aku nak pasal post setem aku yang baru sampai iaitu Football Thematic British atau setem tema EPL , cam tu le . Aku dapat setem nie tak sangka plak .. begitu banyak .. memang bleh buat sebagai setem koleksi . nie aku snap photo pagi2 nie



cam ner ? best tak … huhuhu . kalau yang minat EPL tu leh jadikkan koleksi yang tak ternilai .. itu jer la utk pagi nie . Nak pergi kerja plak nie ..
August 20, 2008
· Filed under Usahawan Internet · Tagged 1910, hadiah, review blog, setem antik
Salam,
Hari nie aku der masa free sket tu aku posting kat sini , masih berlegar-legar pasal setem koleksi aku , aku baru jer terima setem Malaya kedah 1932 , gambar Tunku Sultan Kedah Sultan Abdul Hamid, kalau tak salah aku .. aku bid di ebay . Yang tak best nya org USA , Florida yang empunya setem nie , dia buat koleksi dan ia berada diluar negara . Harga bid boleh tahan mahal dia, setem tersebut bernilai $1 dan masih “never Hinged”. nie aku letak pic untuk pengunjung setia blog aku tengok .

Satu lagi aku masih tunggu setem antik dari North Borneo dalam lingkungan tahun 1906 cam tu .. rasanya minggu depan sampai la tu .. setem nie dah dicop so ia salah satu setem yang aku minat untuk kumpul .. walaupun dah dicop ia masih bernilai tinggi .nie pic dia Read the rest of this entry »
August 14, 2008
· Filed under apa aku tulis yek · Tagged 1840, penny black, pertama, setem pertama didunia
Salam ,
Anda pernah lihat setem pertama di dunia ? rasa aku pun tidak pernah lihat dulu , sekarang baru aku pernah lihat pasai ia baru ada kat aku . bukan dalam bentuk setem, tapi dalam bentuk postcard. Setem pertama di didunia ini dikeluarkan di Great Britian pada 6 May 1840. Ia dikenali sebagai “Penny Black”.

“The Penny Black” was engraved by Frederick Heath and printed by Perkins bacon & Co . Issued on may 6th May 1840 it was the world’s first adhesive postage stamp
Setem ni pasti mahal jika kita memiliki . Ia pasti menjadi koleksi yang berharga untuk peminat-peminat setem.
August 8, 2008
· Filed under perniagaan online · Tagged FDC, wang kertas brunei
salam ,
baru-baru nie aku ada bid di ebay utuk wang kertas Brunei tahun 1983 dalam 5 keping ” Running Number “gs Wang kertas tu pun dah sampai dan ada dalam simpanan aku … UNC tu , cantik betul wang kertas tu , hati aku puas akhirnya ianya ada dalam tangan aku
Harga bid kat ebay untuk wang kertas tu boleh tahan la jugak harganya . Adalah juga aku lawan bid ngan orang masa tu . Akhirnya aku menang juga. Tak salah aku wang kertas Brunei ini “2nd series ” .


Aku suka bid dan dapatkan duit lama nie terutamanya wang kertas yang “UNC” . Ia bermaksud is masih keras wang tu , macam kita baru dapatkan wang tu di bank atau baru dapat duit raya plak .
Selain itu aku baru jer berjaya menjual di ebay FDC atau Sampul surat hari Pertama untuk pertandingan perahu panjang naga . Aku jual harga murah jer . cuba lihat ..


cam ner sempoi kan , tak kisah le bila korang baru ke lama start hobi nie , yg penting ia memberi kepuasan kepada tuan empunya dan ternyata satu hobi leh menjana pendapatan