Jual dan beli di ebay

Salam kepada pengunjung ammbiz weblog’s

Apa yang aku akan share di sini ialah rentetan daripada masa-masa aku dalam perniagaan online terutama di ebay. Aku pernah bermula dari “kosong” dimana aku cuba menjual dan hampir 1/2 tahun aku tidak dapat menjual apa-apa . Tanpa apa-apa pengalaman dan maklumat aku belajar dari kesilapan, dalam menjual dan membeli di ebay.

Sedikit demi sedikit aku belajar dan pada hari nie aku dapat membina cara aku sendiri dalam “hidup” dalam ebay. Semalam aku ada bid dalam ebay . skg aku lebih menumpukan beli dan jual setem malaya dan yang bernilai . Bid aku semalam more on setem dari sabah @ sarawak atau dulu dikenali sebagai borneo . Aku juga tak sangka aku leh”Menang” bid utk 3 jenis setem 50 sen dan 1 dollar.

nie aku postkan photo setem aku tu utk tatapan korang. Setem nie aku bid harga agak tinggi . Semua nya boleh tahan harganya.


So apa pendapat korang tentang bisnes di ebay nie terutamanya pasal setem dan duit lama ? apa kata pendapat yang BERNAS berpeluang memenangi satu setem dalam koleksi aku . Walaupun dia tak mahal tapi a satu setem tahun 1950 dan MNH , maksudnya tidak dicop dan ia masih “fresh” . Lihat seperti scan photo di bawah .

so , apa lagi , meh le kita komen ramai -ramai , Pertandingan akan start 1hb Ogos 2008 tutup ialah pada 7hb Ogos 2008. Pemenang akan dihubungi melalui email .

so apa lagi join le komen .

ikhlas dari

31 Responses so far »

  1. 1

    ammbiz said,

    belum ada yang berminat nak komen ker ?

  2. 2

    msaifuln said,

    Salam..

    Saya lebih tumpukan kepada banknote.. projek akan datang sampul surat hari pertama dan coin..

  3. 3

    yus said,

    salam, saya berminat nak bertukar atau jual beli setem.
    Bagaimana caranya ?

  4. 4

    ammbiz said,

    yus,

    berminat untuk jual beli dengan saya atau berminat utk belaja jual beli di ebay ,, kalau berminat utk bertukar atau beli ngan saya leh ke http://www.ammbiz.com

  5. 5

    taqi said,

    cmne nk thu harga setem? brp haga setem melaya kt ats tu? sy ad satu..

  6. 6

    taqi said,

    nak jual kt mane setem lame? pejbt pos, muzium tau mane2 agensi ad x yang nk beli?

  7. 7

    ammbiz said,

    taqi,

    harga setem boleh dikenali melalui catalog setem , seperti keluaran Steven Tan 2009 nyer der dijual di pertama kompleks .

    setem leh dijual di ebay … lain2 tempat seperti di kedai 2 setem . byk di KL & Penang

  8. 8

    taqi said,

    setem malaya pahang tu brp nilai ny? setem tu dalam 60 tau 70 thn lps kn?

  9. 9

    ammbiz said,

    salam taqi ,

    setem pahang tu dalam tahun 1950-1960 , setem scot . nilainya tak tinggi sgt rm 50 < cam tu .

  10. 10

    Azam said,

    saudara, saya punyai beberapa setem lama yang ingin saya jual. Mana nak tahu mengenai nilai setem2 tersebut. TQ

  11. 11

    ammbiz said,

    salam azam,

    Nilai setem nie agak subjective , tapi boleh tengok di catalog setem keluaran terbaru Steven Tan , nilai setem selalunya org jual rendah sikit dari catalog tu , itu bergantung kepada kualiti setem azam.

    terima kasih kerana masuk blog saya .

  12. 12

    Dusk said,

    Salam,

    catalog setem , seperti keluaran Steven Tan 2009 ada dijual di pertama kompleks.

    …tingkat berapa? nama kedai tu apa?

    setem leh dijual di ebay … lain2 tempat seperti di kedai 2 setem . byk di KL & Penang.

    ..boleh bagi satu nama dan alamat kedai yang nak beli setem di KL..kat kompleks pertama ada ke?

  13. 13

    fnd said,

    assalammualaikum. saya selalu gak masuk blog saudara ni. pasal minat baca pasal setem. rasanya saya boleh borak lama dengan saudara ni. hehe. dulu masa saya bersekolah saya ada simpan koleksi setem malaya macam milik saudara tu tapi malangnya dah hilang. rugi betul. maklumlah bila dah masuk menengah ingat setem ni untuk budak-budak je. langsung berhenti. dah kerja baru mula semula.

    setem saya lebih kepada setem mint baru malaysia. ada gak koleksi setem luar negara. seperti olimpik. macam ada kepuasan simpan benda ni. bila ada masa terluang selalu dibelek-belek. macam mana saya boleh dapatkan contact. maksudkan saya macam teman untuk bertukar-tukar setem. setem negara kita dengan setem negara mereka. saya rasa boleh dapat murah sikit kot dari beli dari ebay. sebagai contoh, saya perkenan satu keluaran setem dari indonesia keluaran tahun 2008. 50 tahun hubungan indonesia jepun. cantik setem tu. saya cuba nak beli dari web indonesia post tapi tak ada lak ruang jual beli. kat ebay mahal saya tengok. ada cadangan macam mana saya boleh dapatkan setem ni?

    buat masa ni belum terlintas di hati saya untuk menjadikan setem sebagai barang komoditi. lebih kepada hobi. ya hobi yang mungkin satu hari nanti boleh diturunkan kepada anak saya. tapi tak taulah di masa hadapan. ada juga terfikir nak meniaga setem ni.

    saya harap saudara dapat menjawab soalan saya ini. saya perhatikan kebayakan setem ni dikepilkan kertas hitam. mengapa yea? dan adakah ianya digamkan atas kertas hitam? tak rosak ke buat macam tu?

    thanks

  14. 14

    din said,

    saya ada stem malaya melaka,johor..stem pesekutuaan tanah meleyu1958..berapa nilai stem tesebut.

  15. 15

    wany said,

    Asskm, saya ada koleksi setem lama. Kalau berminat boleh email kat callienbrooke@yahoo.com.my

  16. 16

    ARIFFIN JAAFAR said,

    Saya baru saja tatu tentang blog ini, dan ia amat baik bagi peminat-peminat setem.

    Perniagaan yg pihak tuan jalankan satu usaha yg baik kerana ia dapat mengembangkan satu perniagaan bentuk baru bagi peminat setem mencari dan menjual setem mereka kepada yg berminat.

    Dengan tidak disedari ia dapat menbantu peminat setem menjadi seorang peniaga dan menambah kenalan.

    Di samping menjadi blog perbincangan peminat-peminat setem di Malaysia dan boleh juga menjadi tempat rujukan kepada mereka yg baru berminat mengumpul setem.

    • 17

      ammbiz said,

      salam ariffin ,

      Makasih atas pendapat anda. Ada yang sudah menjalankan perniagaan ini tapi diorang tak nak share dan makan sorang. Pentingnya saya nak share apa yang saya buat skg.. untuk visitor boleh follow.

  17. 18

    nurazzah8 said,

    salam bro,
    baru berkunjung ke sini. Sangat informatif. Saya juga ingin tahu di kedai mana di Pertama Kompleks tu ada jual katalog Steven Tan 2007???

    Baru-baru ini saya pulang ke kampung. Saya memang tahu ayah saya (sudah berumur 85 tahun) suka mengumpul setem semasa beliau muda…baru-baru ini rumah ayah telah dimasuki pencuri, maka bertaburan lah khazanah-khazanah lama simpanan beliau… ibu menyuruh saya mengemas dan mengumpulkan semula semua. Disebabkan ayah sudah uzur maka ayah turunkan semua setem-setem hasil minat beliau kepada saya… setem-setem tersebut saya lihat dated back to before merdeka lagi…. kerana beliau dahulu ramai pen-pal dari serata dunia. dan juga sampul surat-sampul surat hari pertama sejak dari zaman merdeka lagi…

    minat beliau juga dikongsi oleh 2 orang anak saya…
    Oleh itu saya ingin mendapat catalog tersebut sebagai panduan….
    harap dapat menolong.
    terimakasih.
    nurazzah8

    • 19

      ammbiz said,

      Salam ,

      Boleh apa salahnya , boleh dapatkan katalog nie di International Stamps & coin Sdn bhd , 2.4 & 2.5 Pertama Kompleks , 2nd Floor , Jalan Tuanku Abdul Rahman , 50100 Kuala Lumpur , malaysia. tel 03-2696373 .. try le telepon , kot2 massih leh guna lagi. Semoga pupuk minat mengumpul setem nie sampai dewasa dan ia boleh menjana pendapatan. macam boleh jual setem yg berharga rm10 menjadi 500 rm . :)

  18. 20

    Shay_Jr said,

    boss..betul ker setem yg ader cop tarikh dengan jelas berharga tinggi?
    lagi satu..setem malaysia lama ngan setem luar negeri lama beza harga ker?

    • 21

      ammbiz said,

      tidak.. setem yg tak dak cop @mint lebih tinggi nilainya. Ia bergantung kepada lagi lama setem itu lagi tinggi nilainya. Ia ada nilai tersendiri mengikut negara masing2.

  19. 22

    Shay_Jr said,

    dulu ader tiga buku setem..bulan lepas balik kampung carik balik cuma jumpa satu jer. frust tol..buku koleksi setem malaysia plak tuh yang hilang..
    rasa nak jual semua setem yang ader…nanti aku mail koleksi yang aku ade..tolong taksirkan nilai setem tu boleh?

  20. 24

    Gina said,

    Bolehkah saya tanya, di Pulau Pinang di manakah saya boleh jual setem saya? Bagaimanakah saya tahu berapakah harga yang boleh saya jual?

  21. 25

    arifah said,

    salam,

    bg fnd said…rasanya kita serupa. selama ni saya tercari2 rakan yang sama minat kumpul setem dan ingin bertukar2 setem yang ada. saya ada koleksi setem lama dan baru…. so sesiapa yang berminat utk kita bertukar-tukar setem, boleh contact saya di arifah.hadi@gmail.com

    sini saya ada jumpa site utk exchange setem dari pelbagai negara…x pernah try lg…sbb baru je jumpa ni…

    http://stamplisting.com/viewscat.asp?id=10006

    http://www.geocities.com/mdrolet666/index.htm

    • 26

      ammbiz said,

      salam arifah,

      Terima kasih kerna sempat meluangkan masa berkunjung ke ammbiz . Saya pun ingin meluaskan minat saya dalam kumpul setem nie . Saya minat mengumpul setem nie dan jika ada yg sama saya jual di ebay jer . Saya ada setem kebanyakkan setem malaya dan Malaysia . Ok gak .. kalau leh bertukar2 setem nie .. :)

  22. 27

    arifah said,

    Salam ambizz,

    menarik ni….saya ni byk koleksi setem…kebetulan plak disokong oleh mak ayah yang keje goverment… so diorg la selalu bawak balik…sekarang dua2 dah bersara…terpaksa la cari sendiri…bab tukar2 ni best ni…..saya yg lama2 sgt tu takde la…saya kumpul since 1987….

    jom kita tukar-tukar setem. kalau ambizz dpt contact ke email pun bagus jugak…kebetulan terluang…ni yg bleh search pasal setem ni…idak…tak terkejo….

    wassalam

  23. 28

    izat said,

    sy ada setem lama2 tp x tahu mcm mana nak jual n beli?blh tnjuk kan cr?

  24. 29

    rafiq said,

    assalamualaikum, bleh tak ajar cara2 nak beli di ebay gna paypal?

  25. 30

    jazac said,

    saya benar2 berminat nak jual setem lama saya..ni no tel saya,0138191201.saya dari sibu sarawak..saya nak tau pasal jualan melalui e-bay ni.mesej saya saja pasal jualan ni..

  26. 31

    bagi mudah,nilai sekeping setem lebih mahal jika pernah dicop dan pernah beberapa kali berpindah milik


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words