Kumpul setem hobi lumayan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

BAGI kebanyakan orang, setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat. Tetapi tahukah anda, bentuk dan tebukan pada setem mewakili zaman serta perkembangan sejarah sesuatu negara?
Kajian mengenai bentuk, jenis, warna, tebukan dan penghantaran pos ini dipanggil filateli. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai cerita dan sejarah berkait rapat dengan pemerintahan dan teknologi pada satu-satu masa.

Perkataan filateli dikatakan dicipta oleh Georges Herpin di Perancis pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu philos bermaksud mencintai dan llateleiall bermakna percuma.

Pada awalnya, ia meliputi kajian label yang mewakili pembayaran perkhidmatan pos. Dari situ, ia berkembang kepada kajian koleksi sistematik setem, poskad, sampul surat dan bahan pos lain.

Maka, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk memiliki koleksi setem sebelum merdeka. Ada juga yang sanggup merentasi benua untuk menyaksikan sendiri pameran setem di sesebuah negara.

Tiada siapa yang mengetahui sejak bila filateli menjadi hobi. Bagaimanapun, ada yang menyatakan kegiatan mengumpul setem mula mendapat perhatian apabila album setem pertama dikeluarkan di England pada 1852.

Semakin ramai orang mula mengikuti aliran untuk mengumpul setem, menyumbang kepada perkembangan filateli. Hobi ini tidak terhad kepada rakyat biasa dan mula berkembang di kalangan atasan termasuk golongan istana.

Antara koleksi setem terbesar dan tertua dunia dikatakan dimiliki oleh Ratu England.

Peminat filateli tegar di Malaysia, memiliki persatuan sendiri iaitu Persatuan Filateli di Malaysia. Ia menjalin kerjasama rapat dengan Biro Filateli Malaysia dikendalikan oleh Pos Malaysia.

Antara objektif penubuhannya adalah menukar persepsi masyarakat mengumpul setem bukanlah hanya hobi tetapi, aktiviti yang boleh membawa pulangan lumayan.

Biro ini memainkan peranan aktif dalam menyemai minat mengumpul setem di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, ia mewujudkan Galeri Setem di ibu pejabat Pos Malaysia di bangunan Dayabumi, Kuala Lumpur.

Pengunjung ke galeri ini berpeluang melihat koleksi setem yang pernah dihasilkan di Malaysia. Antaranya, setem khas sempena penganjuran acara antarabangsa, peristiwa bersejarah dan setem kenang-kenangan edisi terhad.

Kaki tangan terlatih sedia melayan sebarang pertanyaan mengenai setem yang dipamerkan di sini. Sejak dibuka, ia turut menarik kunjungan peminat setem yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Setiap tahun, biro ini memperkenalkan lebih 10 tema koleksi setem dan bahan filateli untuk memenuhi permintaan peminat setem di negara ini.

Untuk kemudahan pengunjung, kaunter khas dibuka untuk mereka yang ingin membeli setem, sampul surat hari pertama, fail, buku setem, album tahunan dan album khas.

INFO

Galeri Setem

Tingkat 3, Ibu Pejabat Pos Malaysia

Kompleks Dayabumi

50670 Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: 03-22756567

Faks : 03-26942139

E-mail :filateli@pos.com.my

dr

[URL=http://imageshack.us][IMG]http://img57.imageshack.us/img57/2676/mysignue9.png[/IMG][/URL]

Setem auction Now

20 Responses so far »

  1. 1

    ARIFFIN JAAFAR said,

    saya ingin mendapatkan setem dan sampul surat hari pertama – Polis Diraja Malaysia 2007. Dari mana saya boleh mendapatkanya.
    sekian.

  2. 2

    ammbiz said,

    salam en. ariffin ,

    Anda boleh ke website member saya abg mat . di http://e-kedai2u.com di sana dia der macam2 pasal setem dan surat hari pertama polis 200 thn .. :)

  3. 3

    din said,

    saya ada stem persekutuan tanah melayu 1958,ada yg minat tak

  4. 4

    din said,

    salam…ada tak album tahunan 1993

  5. 5

    mS.azlina said,

    salam..hi..anda semua..
    saya ada setem sampul surat hari pertama yg dkluarkan pd thn 2003..ia btemakan sukan hoki..

  6. 6

    Acik said,

    Sejak 2007 acik selalu jugak pergi ke galeri setem pej pos daya bimu tuh. mmg best. layanan bgus. selalaunya acik pergi sebab nak cari setem yg lepas2 yang acik belum ada. biasanya kalau kita beli dengan banyak kite akan dapat hadiah berupa setem yang sudah dimatikan. tp bagus jugak.benda percuma kan. sesekali kalau ada kelapangan, kawan2 bolehlah ke galeri setem daya bumi.

  7. 7

    suhaimir said,

    aambiz..link yg ko bg tu da x ujud la..

    aku pun nk carik bbrp FDC n stemnya keluaran 2007 n 2008 yg dah aku ter”miss”

  8. 9

    aliah said,

    saya ada setem khas james bond..
    rasanya peminat2 setem pasti suka..
    sy dapat sebagai hadiah,tp xminat mengumpul setem..
    jadi ingin menjual kpd yg berminat..
    sila emel sy..

  9. 11

    Ada ramai yang berminat kumpul ‘First Day Cover’ (FDC). Harap juga boleh melihat dan bersembang mengenai setem lama dengan nilai sejarah.

    Salam dari Alexander

  10. 12

    Raj Olikh said,

    Hi ,

    Saya mempunyai stem 1957 serta first day cover , where do i get the book to know the value of such cover and stems. Below is the items.

    I have first day covers letter with stamps of

    1. 21st August 1957 Merdeka First Day Cover – with stem Malaya- Malacca 5 stem of 8 cents, 1 stem of 5 cents, 1 stem of 4 cents and 1 stem of 1 cents at the back of the first day cover. Front print is all state flag of Malaya with Malaya map, Portuguese fort, and Malaya flag.

    2.First day cover commemorating the attainment of independence 31st August 1957 with stems of 6 stem of 10 cents each. Malaya Persekutuan Tanah Melayu. – Print Malaya Flag with MERDEKA and Federation of logo.

    3 First day cover –Ecafe Conference – United Nation Organistion – 5th March 1958 with stems 1 stem of 12 cents Malaya Ecafe Confrance
    And 1 stem 30 cents Malaya Ecafe Confrance Kuala Lumpur 1958.- Print All state flags, Malaya map , Malaya Flag.

    4. First day of issue 31st Aug 1958 His majesty the yang di pertuan agong – First Anniversary Celebration Merdeka- 1958 with stems 1 stem Malaya 10 cents Persekutuan Tanah Melayu . Print His Majesty Picture and logo of federation of Malaya.

    5.Malaya New Historical Postage Stamps- First Day cover. 26Jun 1957 with 2 stem 20 cents and 5 cents Malaya – First day of Issue Malacca-with yellow Malaya map a tiger and Malaya flag.

    6.Blank First Day cover with Typed in Black. With Malaya Stems each of $1 , 50cents and 2cents- No picture print.

    7. First Anniversary 1958 His majesty yang di pertuan agong merdeka with stems of 1st Agung 30 cents and Stadium 10 cents. Print- logo of federation of Malaya and the first king of Malaya.

    8.Federation of Malaya , First day Souvenir cover Malacca- Federation of Malaya-
    4th August 1957 with 3 ten cents stem Malaya- Malacca—print Federation of Malaya with Malaya flag and Malacca flag.

    9. First day cover 31st August 1957 Merdeka – Federation of Malaya- with stems
    4 ten cents stem – tunku – Malaya- Persekutuan Tanah Melayu
    With color print of all states flags. With 3 person standing with Malaya Flag

    10 First day cover 21st August 1957 with stems of 8,5,4,2,1 cents of Malaya- Malacca British- Printing of state flags with Malaya map and Flag . In center is Portuguese Fort Malacca

    11. Same as No 10.

  11. 13

    Raj Olikh said,

    I have first day covers letter with stamps of , do any one know where to get the books to know the actual value of these first day cover and stems
    contact me at inder_rajs@yahoo.com

  12. 14

    thaanu said,

    boleh tak tolong cadangan aktiviti-aktiviti yang menarik mengenai setem untuk persatuan setem dan filateli sekolah saya? terima kasih..

    • 15

      ammbiz said,

      salam ,

      cuba terbitkan minat dulu … dalam diri persatuan dengan kenali setem malaysia/malaya ikut tahun ..dan hobi nukan sekadar hobi ..tapi boleh menjana pendapatan lumayan.

  13. 16

    adib othman said,

    setem dari tahun berapa yang bernilai tinggi?

  14. 18

    XADYPUTRA said,

    SAYA ADE SETEM APAX1200,DEUTSCHE DEMOKRATIS REPUBLIC,MAGYAR POSTA WORLD CUP 1938 DAN 1954..ADE SESIAPA BERMINAT?KOL SAYA ISMAIL 0175340019..

  15. 19

    liana said,

    sy berminat ngn setem yg lame2….. sape leh tolong??

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words