Nilai duit lama

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

“MANAN, simpan duit ni baik-baik. Ia akan menjadi barangan yang sangat bernilai satu masa nanti.” Itulah pesanan diterima Abdul Manan Hamid, 63, daripada arwah bapa mentuanya, Muhammad Jamil, ketika wang kertas bernilai 10 dolar dikeluarkan kerajaan British, sekitar 1960-an.

Kini, baru Manan faham maksud arwah kerana selepas 40 tahun berlalu, wang bertarikh 5 September 1924 itu menjadi rebutan pengumpul wang lama.

Malah, rakan Manan sanggup membelinya dengan harga ribuan ringgit. Seorang rakan mahu membeli wang berkenaan bernilai RM2,000. Namun setinggi mana pun tawaran diterima, Manan tidak pernah berniat menjualnya.

Baginya, wang itu bukan saja ‘bernilai’ sebagai koleksi peribadi, malah ia ‘hadiah’ kenangan daripada arwah.

“Saya ingat lagi kata-kata arwah. Dia suruh saya simpan, jika saya menjualnya pada orang lain, bermakna saya mengingkari pesannya. Jadi, tidak mungkin saya menjualnya kerana bagi saya ia tidak ternilai dengan wang ringgit,” katanya.

Manan yang juga pengumpul pelbagai koleksi wang lama berkata, wang itu asalnya duit gaji pertama diterima bapa mentuanya ketika bekerja di pejabat tanah kerajaan British Tanah Melayu di Kuantan, Pahang sekitar 1930-an.

“Arwah menyimpan wang itu sebagai kenangan. Maklum saja, ketika itu bukan mudah mendapat wang sebanyak itu kerana nilainya besar.

“Tidak sangka pula arwah memberi wang itu kepada saya sebagai ‘hadiah’ dan koleksi peribadi. Sebab itu wang ini sangat berharga buat saya. Sejak itu juga saya mula gemar menyimpan koleksi wang lama,” katanya.

Manan berkata, dia turut menyimpan empat wang kertas kerajaan British yang lain, iaitu tiga wang kertas bernilai 10 sen dan satu lagi bernilai lima sen.

“Menariknya, walaupun nilainya sekadar sen, ia wang kertas. Dulu wang sebanyak itu tinggi nilainya, boleh digunakan untuk belanja makan di restoran,” katanya.

Menurut Manan, wang itu dikeluarkan kerajaan British, ‘Government of the Straits Settlements’ pada 1 Julai 1941, iaitu sebelum Jepun menjajah Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua.

“Wang itu juga ‘unik’ kerana hanya bercetak pada satu muka. Ada juga dicatatkan pencetak wang berkenaan, iaitu ‘Bradbury, Wilkinson and Company’. Ia dicetak di New Malden, Surrey, England,” katanya.

Manan berkata, wang berkenaan diperoleh daripada seorang rakan lama dan beberapa pengumpul wang yang dikenalinya ketika dia berkhidmat bersama tentera laut Malaya di Singapura sekitar 1960-an.

Katanya, dia banyak memperoleh wang lama ketika berkhidmat dalam angkatan tentera kerana kerap ‘mengembara’ dan berkunjung ke serata tempat untuk menjalankan tugas.

“Peluang berjumpa rakan setugas dan pengumpul wang di tempat lain memberi kesempatan untuk mendapatkan koleksi menarik,” katanya.

Begitupun, koleksi wang yang dikumpulnya tidak saja tertumpu pada jenis wang lama zaman British, tetapi beberapa jenis wang ringgit Malaysia (RM) yang kini tidak digunakan lagi.

Dia ada menyimpan pelbagai koleksi wang kertas RM1, RM5, RM10 dan RM50, termasuk duit syiling RM1 yang dikeluarkan sekitar 1950-an dan 1960-an.

Duit syiling berkenaan boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk duit syiling yang memaparkan wajah bekas perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussein Onn.

“Mungkin sekarang duit ini tidak bernilai, tapi saya percaya satu masa nanti ia akan menjadi koleksi berharga dan mahal,” katanya yang turut menyimpan pelbagai koleksi duit syiling lama pelbagai negara.

Mengenai koleksinya yang lain, Manan berkata, dia juga menyimpan pelbagai koleksi wang dari negara Asia Tenggara seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Dalam semua koleksi itu, Manan berkata, wang dari Filipina bernilai 1 peso antara koleksi paling diminatinya kerana ia memaparkan gambar tokoh negarawan itu, Jose Rizal.

“Ia antara koleksi ‘kesayangan’ saya. Wang berkenaan dikeluarkan pada 1940. Saya peroleh wang itu daripada seorang saudara yang juga mempunyai minat sama,” katanya.

Manan turut menyimpan pelbagai koleksi duit syiling lama peninggalan kerajaan British bernilai satu sen, dan pelbagai duit syiling luar negara.

Dia turut menyimpan koleksi wang dari luar negara seperti Amerika Syarikat, England, Iran, Arab Saudi, China dan beberapa negara lain yang diperoleh ketika berkunjung ke luar negara.

Satu lagi koleksi istimewa Manan ialah satu wang kertas dari Republik Malagasy, bernilai 100 Cent Francs.

“Negara itu sekarang dikenali sebagai Madagascar. Wang ini dikeluarkan kerajaan Perancis ketika menjajah negara itu pada 1958, tetapi selepas mencapai kemerdekaan pada 1960-an wang ini tidak dikeluarkan lagi.

“Ia antara koleksi wang yang sukar ditemui. Lagi pun, ia hanya digunakan tidak lebih dari tiga tahun, dan dikeluarkan dalam jumlah terhad,” katanya.

Manan berkata, koleksi wang simpanannya rata-rata pemberian rakan dan keluarga. Jika ada yang dibeli sekalipun, ia diperoleh dengan harga murah dan tidak melebihi ratusan ringgit.

“Itupun untuk koleksi wang dari luar negara seperti Vietnam dan Brunei. Selebihnya saya peroleh daripada kenalan dan saudara dekat,” katanya.

39 Responses so far »

  1. 1

    ahmad fadzli said,

    saya ada pertanyaan tentang duit syiling Rm 1 30 tahun kemerdekaan malaysia berapakah nilainya sekarang

  2. 2

    ammbiz said,

    dari makliumat kawan saya nilai kalau UNC , dlm rm 15.00 jer

    • 3

      xiannasa said,

      Saya mengikuti perkembangan nilai harta dalam minda manusia. Sebenarnya simpanan kita tu tak ada nilai. Nilai itu hanya dibuat oleh manusia untuk tujuan memudahkan pertukaran barang. Sebagai contoh, ebuah kereta baru bernilai untuk digunakan, mampu bergerak jauh, laju, selesa, mempunyai lebih ciri-ciri keselamatam. Sebuah kereta lama boleh digunakan untuk dijual sahaja, pembelinya yang terpendam rasa mementingkan kepuasan diri, ego, nafsu dan sedar memliliki kelainan dari orang lain. Fikirkan

  3. 4

    man said,

    sy ade simpan duit 1 dollar mcm saudara..ingin mjual klu ade sape2 ingin beli sila email sy..

  4. 5

    jim said,

    sya ada duit syiling james brooke 1sen, e2 duit btl2 wujud ka?..

  5. 6

    ammbiz said,

    duit 1 sen tu memang wujud dan memang rare skg nie

  6. 7

    karu said,

    Berapakah Nilai duit ini

    Seorang tu Pegang Tongkat dan memikul Guni

    dan sebelah lain dengan tulisan jawi

    • 8

      xiannasa said,

      Syiling anda memang bernilai. Saya cadangkan anda simpan syiling tersebut di muzium supaya iia dapat dikaji dan digunakan oleh negara. Pakar-pakar syiling kita mampu mengkajinya, menyedarkan rakyat tentang tamadun dan teknologi dalampenghasilan syiling. Ia akan amat bernilai kepada anda kira-kira 80 tahun dari sekarang. Anda tentu percaya pada ketika itu apabila pengorbanan anda itu ditunjukkan ganjarannya.

      • 9

        azman said,

        saya ada duit lama setengah sen tahun 1940 dua duit 5sen satu duit rm25 siyiling juga syiling yg lain2. nak tahu ada nilai ta? t.kasih menjawap

  7. 10

    fansuri said,

    saya ada duit dari iraq. note 3oo ratus. mean 300 dalam nilai di negara iraq la.. ingat nak tolak duit tue kat bank. tapi ada sesiapa tahu ada ke duit note 300?

  8. 11

    fly_hole89@yahoo.com.my said,

    bpe nilai duit nih..boley tolg??

    10dollars duit pokok pisang

  9. 12

    SUKRY said,

    nak beli duit kertas lama yang bergambar kerbau di sawah dgn harga RM1000..

  10. 15

    shazreem said,

    saya ada wang kertas lama dari berlin jerman tahun 1909 bernilai 5000..berapakah nilai harga pasaran sekarang???

  11. 16

    Razali said,

    saya ada duit syiling ZAMAN QUEEN VICTORA DAN King edward satu sen satu tahun 1884 dan satu tahun 1904 serta duit mexico 1860, duit syiling 5 ringgit malaysia dan duit syiling 1 ringgit malaysia

  12. 17

    musdzalfar@yahoo.com.my said,

    saya ada RM2 (keadaannya masih baru seperti baru keluar dari bank), RM1 syiling dan RM1 kertas…

  13. 18

    radzami rahman said,

    Saya satu album note lama,satu album syiling lama, satu album syiling yassin dansatu uncang duit pelbagai negara. Boleh laku ke?

  14. 20

    hafriz said,

    nak tanya nilai duit

    >1 cent yg petak tahun 1943commissioners of currency malaya brape hrga di pasaran..
    > duit syiling rm1 tahun 1971 brape hrga dipasaran..

  15. 21

    taratula_82 said,

    saya ade satu keping rm50 zeti aziz bernombor 0689986..adekah ini dikatakan no. radar?

  16. 22

    saya ada sekeping duit syiling amerika bernilai “half dollar” yang tertera tahun “1776-1976″ bersempena dengan “200 years of freedom”..

    soalan saya, adakah syiling tersebut mempunyai nilai dan berapa nilainya sekarang?

  17. 24

    kelvin said,

    saya tanya,saya duit syiling Rm10 berbentuk perak.berapa ya harga dia sekarang.

  18. 25

    Ridz said,

    Saya ada syiling zaman arab purba lama berminat sila click http://www.mudah.my/vi/1692235.htm?ca=11_s

    • 26

      xiannasa said,

      Sepanjang pengetahuan saya, syiling tersebut bukan syiling Arab. Tetapi pasarannya hari ini menjangkau ke RM150

  19. 27

    hisamdom said,

    saya ada satu keping syiling bertarikh 1744 diatasnya tertulis kalau tak silap saya
    HISPEN ,boleh saya tahu ini duit dari negara mana?saya pernah terlihat duit yang
    sama atau hampir sama di Muzium pulau tioman

  20. 28

    Que said,

    sye nak tanye,duit lama yang berumur ratusan tahun contohnya zaman kesultanan melayu melaka….berapa nilai nya sekarang?

  21. 29

    iqbal said,

    saya ada buku yang di tulis tunku abdul rahman”looking back”
    special..ada tandatngn beliau dan ucapan beliau mggunakan pen..sape nj beli..harga tertnggi sahaja..

  22. 30

    iqbal said,

    cepat..sape nak beli..email kt iqbal90.obl@gmail.com..

  23. 31

    edy said,

    salam..\\\..sya ingin bertanyer,sya ader duit syiling lama dari serata negara..lebih dari 100tahun..sya ingin tahu,kat maner nak jual?ataupun dekat bank negara ader dorang beli ker?hope bagi penjelasan yer saudara suma

  24. 33

    salmiah binti tutu said,

    Saya nak tanya saya mempunyai syiling emas pounds yang emak saya bagi kat saya.Dia perolehi duit tersebut daripada moyang beliau. Syiling emas tersebut tertera tulisan UNITED STATES OF AMERICA 1903 berwarna keemasan….
    saya ingin minta khidmat nasihat daripada pihak en/cik berapakah nilai wang yang saya nyatakan tadi…..
    kalau boleh sila email ke alamat email diatas jika en/cik dapat maklumat tersebut.

    TQ

  25. 34

    abdullah bin lani said,

    saya ada duit nederland tahun 1945 belakangnya ada tulisan jawi berapakah harga,dan saya ada wisel tahun 1943 hadiah dari british kepada arwh bapa saya masih boleh digunakan lagi kesemuanya tembaga kuning berapa kah nilainya

  26. 35

    ayen said,

    sy ader duit kertas rm1000…sape berminat leh la contact..hazreen_9672@yahoo.com

  27. 36

    fariez said,

    salam semua…
    saya ada beberapa koleksi duit lama .. antara koleksi duit yang unik adalah duit kertas dari sebuah negara yang sudah tidak wujud..masih baru dan seperti baru dicetak..duit ini berusia ratusan tahun tapi disimpan dengan rapi..jika ada yang berminat untuk mendapatkan duit ini bolehlah menghubungi saya di talian 017-9399061…harga RM500. duit unik daripada negara lain dijual pada harga sekitar rm300 – rm500 sahaja…duit kertas lama suriname bernilai 2 1/2 gulden juga ada..dijual pada harga rm250 sahaja…duit kertas lubnan tahun 1002 dgn nilai 25 piastres brape nilai nye sekrg dimalaysia?

  28. 37

    nurul said,

    salam….
    sy ada nk jual beberapa syiling lama

    1- syiling queen victoria 1cent tahun 1901 bentuk bulat
    2- syiling king george 1cent tahun 1926 bentuk petak
    3- syiling jepun 10yen, bentuk bulat, xtau tahun berapa, yg pasti bukan duit pokok pisang, maybe origin dr negara jepun
    4- syiling ada tlsn cina dgn arab, berlubang di tengah2, bentuk bulat, xtau tahun berapa

    kalau minat sila emel nak syiling mana dgn offer sy harganya

    TQ

  29. 38

    karlz said,

    salam..sy ada beberapa syiling lama zaman kesultanan melayu melaka dulu..tgk dlm buku sekitar thn 1411 syiling ni dpt ms mbr sy wat projek pembangunan kat area a farmosa melaka ari2..ms korek2 tanah tu terjumpa bnyk syiling2 lama ni..agak2 brapa nilainya?..ada yg tertulis mgkn zaman sultan muzzafar..xpasti tls jawi..

  30. 39

    karlz said,

    duit portugese kingdom joaq iii thn 1521-1557 bastardo dan duit sultan mahmud shah thn 1488-1511 pitis brapa value dia yea?
    email sy kalau berminat karlz_max@ymail.com @ 0173553129


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words